Harian Metro

‘Dirundung resah jantung terhenti’

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

„ Pemuda OKU tanam azam kejar impian bergelar ahli farmasi

“Saya tahu, jantung saya boleh berhenti berdegup dan bila-bila masa saja, saya boleh pergi.

“Tapi azam saya untuk tamatkan pengajian dan bergelar ahli farmasi tak pernah luntur,” kata orang kurang upaya (OKU) fizikal, Erb’s Palsy atau urat tangan terputus Mohd Siraj Munir Ikmal Rosle, 22.

Pemuda OKU ini tetap tabah dan mahu terus mencapai cita-cita sebagai ahli fasmasi meskipun disahkan menghidap masalah jantung kronik, Hypertroph­ic Cardiomyop­athy (HCM).

Berkongsi kisah hidupnya Mohd Siraj berkata, dia disahkan menghidap HCM pada 28 September lalu selepas menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Meskipun begitu pemuda ini tidak patah semangat dan mahu menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang farmasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berbaki dua semester saja lagi.

“Memang saya risau selepas doktor sahkan saya hidap HCM, sejak itu saya sentiasa berhati-hati. Aktiviti terpaksa dihadkan kerana tidak mahu badan menjadi terlalu penat.

“Jantung boleh berhenti berdegup bila-bila masa saja hingga menyebabka­n kematian mengejut. Mati itu pasti dan cita-cita perlu saya kejar.

“Hasrat saya mahu jadi orang hebat, jadi dugaan yang diterima juga perlu hebat,” katanya ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini, semalam.

Mohd Siraj berkata, dia cuba melupakan kesakitan dan masalah kesihatan yang dialami dengan melakukan aktiviti yang diminati.

“Sebolehnya saya tidak mahu penyakit ini mengganggu impian untuk bergelar ahli farmasi. Bila menghadiri kuliah secara tidak langsung ia membantu saya melupakan keperitan dialami.

“Selangkah lagi saya akan mencapai cita-cita. Sebab itu, saya terus menjadi positif dan cabaran ini adalah ganjaran pada diri.

“Sebagai manusia saya saya percaya, Tuhan bukan saja-saja memberi kita dugaan tetapi ada hikmah di sebalik semua itu,” katanya.

Menurutnya, bagi mengurangk­an risiko jantungnya berhenti berdegup secara tiba-tiba dia perlu menjalani pembedahan untuk memasang alat Implanted Converter Defribilla­tor (ICD) membabitka­n kos RM50,000.

Katanya, pembedahan itu perlu dilakukan selewat-lewatnya 15 November depan namun terpaksa ditangguhk­an berikutan keluargany­a tidak berkemampu­an.

“Sampai

seka- rang wang untuk tampung kos perubatan saya belum cukup, keluarga saya memang tak mampu. Ibu menghidap masalah buah pinggang kronik, dia tak bekerja dan terpaksa mengharapk­an kakak,” katanya.

Katanya, pengorbana­n ibu, Jamilah Yahya, 48, yang membesarka­nnya dengan kakak, Roziatul Syatilla, 26, menjadi motivasi untuknya meneruskan kehidupan.

“Bapa saya meninggal dunia pada 2004 akibat serangan jantung, jadi sama bimbang perkara sama akan menimpa saya selepas ini,” katanya.

Bagi yang ingin membantu, boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun Maybank Roziatul Syatilla Rosle (1521892283­12) atau Bank Islam (0211402004­9674).

Dia membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Permas Jaya.

Sementara itu, sumber bomba berkata, sebuah jentera membabitka­n lapan anggota dan pegawai ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan pada jam 7.35 pagi.

“Kejadian membabitka­n kebakaran sebuah bas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. Seramai 14 sukarelawa­n bakal menyertai misi kedua pertubuhan MyCARE ke Palu, malam ini.

Pengerusi MyCARE Johor Profesor Madya Dr Mohd Zin Kandar berkata, misi pertama diadakan dari 7 hingga 15 Oktober lalu bertujuan mengenal pasti keperluan mangsa gempa bumi dan tsunami.

Beliau berkata, lawatan juga diadakan di Palu dan Donggala.

Menurutnya, pada misi kedua kali ini, kumpulan sukarelawa­n terdiri daripada aktivis MyCARE, doktor perubatan, badan korporat serta pengamal media.

Katanya, misi berkenaan mendapat kerjasama Pasaraya Econsave Cash And Carry dan dikoordina­si bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pos Keadilan Peduli Ummat Indonesia (PKPU).

“Saya akan mengetuai misi kali kedua ini dan ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam esok (malam ini),” katanya.

 ??  ?? MOHD Siraj memimpin ibunya sambil ditemani Roziatul (kiri) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, semalam.
MOHD Siraj memimpin ibunya sambil ditemani Roziatul (kiri) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia