Harian Metro

Martabat cabang seni

„ Muzium Negeri Pahang pamer karya catan, arca, foto artis tempatan

- Asrol Awang cnews@nstp.com.my

Seni catan, arca dan foto karya artis tempatan kini dipamerkan di Muzium Seni Pahang, Jalan Masjid, di sini.

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang (PMNP), Datuk Ahmad Farid Abd Jalal berkata, antara koleksi itu adalah hasil karya Sivarajah Natarajan, Sunan Sugio, Mohamad Nor, Roslan Ahmad, C Tuck Lee dan Sharifah Kirana.

Beliau berkata, orang ramai boleh mengunjung­i muzium berkenaan bagi menghayati sendiri karya seni berkenaan sejajar dengan usaha PMNP meneruskan usaha memartabat­kan seni daripada pelbagai cabang.

Katanya, tahun ini, pihaknya meletakkan fokus kepada pameran tetap yang mempamerka­n koleksi seni milik Muzium Negeri Pahang sendiri.

“Muzium ini juga berusaha menukar giliran koleksi seni dan bahan pameran mengikut kesesuaian tema seperti merdeka, batik, mak yong dan seni reka bentuk tembikar.

“Selain pameran tetap, Muzium Seni Pahang turut menyediaka­n ruang kepada penggiat seni,” katanya.

Ahmad Farid berkata, lebih 1,000 pelawat termasuk pelancong luar negara dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman dan dan Perancis berkunjung ke muzium itu sejak Januari lalu.

Muzium itu dibuka kepada orang ramai pada Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang kecuali Sabtu dan Ahad.

“Kehadiran pengunjung dialu-alukan khususnya masyarakat Kuantan kerana tiada bayaran tiket dikenakan,” katanya.

Muzium ini juga berusaha menukar giliran koleksi seni” Ahmad Farid

 ??  ?? PENGUNJUNG melihat arca dipamerkan di Muzium Seni Pahang, semalam.
PENGUNJUNG melihat arca dipamerkan di Muzium Seni Pahang, semalam.
 ??  ?? PMNP fokus pameran tetap dengan koleksi seni milik Muzium Negeri Pahang.
PMNP fokus pameran tetap dengan koleksi seni milik Muzium Negeri Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia