Harian Metro

Kayuh basikal klasik 15 kilometer

-

Pekan: Seramai 25 peminat basikal klasik menyertai program mengelilin­gi Bandar Diraja Pekan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di sini, semalam.

Pengerusi penganjur, Sazali Yussof, 58, berkata, program kali pertama diadakan itu membabitka­n perjalanan sejauh kira-kira 15 kilometer (km) di sekitar bandar dan kawasan perkampung­an tradisiona­l.

Menurutnya, sepanjang laluan peserta juga singgah di tempat bersejarah seperti Istana Leban Tunggal, Rumah Rehat Pekan, padang polo, Kelab Golf Diraja Pekan dan rumah klasik di Jalan Rompin Lama di sini.

Katanya, program itu bertujuan memperinga­ti minat baginda Sultan Pahang menunggang basikal sambil melawat kampung tradisiona­l di daerah ini.

“Sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang kali ini, saya dan rakan bersepakat mengadakan program berkayuh basikal klasik mengelilin­gi Bandar Diraja Pekan sambil berpakaian tradisiona­l era 70-an.

“Saya berbangga dapat mengikut jejak Sultan Ahmad Shah yang suatu ketika dulu menjadikan basikal sebagai aktiviti riadah sambil bertemu rakyat jelata,” ka- tanya yang juga seorang pesara Felda.

Peserta, Engku Mohd Faisal Engku Najamudin, 47, berkata, aktiviti menunggang basikal bukan saja dilakukan Sultan Ahmad Shah, tetapi turut dilakukan almarhum ayahandany­a Sultan Abu Bakar.

Dia yang juga ahli Persatuan Sejarah Pahang berkata, basikal suatu ketika dulu menjadi pengangkut­an utama masyarakat pelbagai kaum di daerah ini.

“Sultan Ahmad Shah suka menunggang basikal dalam kawasan istana, selain melawat kampung di daerah ini. Dengan cara itu rakyat dapat melihat sambil bermesra dengan raja yang disayangi.

“Hari ini sempena keputeraan baginda, saya sebagai rakyat mengambil peluang mengikut jejak serta minatnya yang sentiasa mengambil berat masalah rakyat,” katanya.

 ??  ?? PESERTA program berbasikal turut singgah di tempat bersejarah.
PESERTA program berbasikal turut singgah di tempat bersejarah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia