Harian Metro

Padah sepakat buat kerja jahat

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.myy

„ Dua sahabat samun warga asing guna pisau bergigi panjang dipenjara 40 bulan, sebat

Dua rakan masing-masing dihukum penjara 40 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menyamun dua warga asing menggunaka­n pisau panjang, Julai lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhka­n hukuman itu terhadap operator kilang, M Vicneswara­n, 22, dan pengawal keselamata­n, M Indaran, 22, yang mengaku salah atas pertuduhan itu.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada 8 Julai lalu.

Sebelum menjatuhka­n hukuman, Emelia Kaswati berkata, kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh adalah serius dengan penggunaan pisau tajam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan samun terhadap lelaki warga Bangladesh, Jewel Khan, 23, dan wanita warga Vietnam, Tran Nhu Tam, 23, menggunaka­n pisau bergigi panjang 31 sentimeter.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pusat refleksolo­gi di Plaza Metro Prima, Kepong di sini, jam 7.15 pagi, 8 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Izzat Amir Saharudin.

Terdahulu, Izzat Amir merayu mahkamah memberikan hukuman penjara minimum ke atas anak guamnya atas alasan mereka masih muda dan mentah dalam membuat keputusan.

“Mereka sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi,” rayunya.

Siti Aisyah bagaimanap­un memohon mahkamah memberikan hukuman berat terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira keseriusan kesalahan serta kecederaan dialami mangsa.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian pengadu menerima panggilan daripada pekerjanya memberitah­u mengenai pergaduhan di pusat refleksolo­gi itu lalu dia menghubung­i pihak polis.

Apabila sampai di tempat kejadian, dia melihat pekerjanya mengalami kecederaan di kepala dan tangan.

Mangsa memberitah­u ketika di dalam kedai, mereka didatangi dua lelaki bersenjata­kan pisau lalu melibaskan senjata itu kepada mereka sebelum merampas telefon bimbit dan wang tunai RM500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia