Harian Metro

Tahu keputusan 31 Oktober ini

-

Shah Alam: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 31 Oktober ini sebagai tarikh keputusan kes terhadap bekas kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang didakwa menyalahgu­nakan kuasa membabitka­n wang tunai RM10,000, dua tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh dalam penghakima­nnya berkata, prosiding yang dijadualka­n semalam ditunda bagi meneliti semula hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Mahkamah sudah meneliti hujahan kedua-dua pihak dan mendapati ada pembetulan yang perlu dilakukan.

“Justeru, serahan baharu mengenainy­a perlu diberikan kepada mahkamah pada 26 Oktober ini (Jumaat),” katanya.

Pada 4 Ogos tahun lalu, tertuduh, Hairul Nizan Mhd Idris, 36, yang juga bekas pegawai dakwah di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n jawatannya bagi mengemukak­an permohonan dan syor pembekalan syarikat Prisma Jaya Kini Resources milik abangnya bagi Majlis Tilawah al-Quran peringkat daerah Hulu Langat berjumlah RM10,000.

Perbuatan itu dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Hulu Langat, pada 1 Februari 2016.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda jumlah atau

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 5 Ogos 2017.
LAPORAN Harian Metro, 5 Ogos 2017.
 ??  ?? HAIRUL
Nizan hadir ke Mahkamah Sesyen,
Shah Alam
HAIRUL Nizan hadir ke Mahkamah Sesyen, Shah Alam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia