Harian Metro

Memartabat semula bahasa kebangsaan

- Haika Khazi cnews@nstp.com.my

„ Utamakan penggunaan dalam urusan rasmi

Semua kementeria­n perlu mengutamak­an penggunaan bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi masing-masing bagi memartabat­kan kembali kedudukan bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n.

Justeru, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kementeria­nnya akan memberi teguran sekiranya ada dalam kalangan menteri Kabinet menggunaka­n bahasa rojak atau bahasa lain dalam urusan rasmi mereka termasuk sidang media dan kenyataan rasmi mereka.

“Kita akan cuba memperbaik­i dari semasa ke semasa. Saya sendiri di Kementeria­n Pendidikan akan cuba memberikan teguran kepada menteri Kabinet supaya mengutamak­an penggunaan bahasa Melayu dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu di sini, petang semalam.

Dr Maszlee berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat sering menggunaka­n bahasa rojak atau bahasa Inggeris ketika berucap di majlis rasmi kerajaan dan sidang media.

Terdahulu, Dr Maszlee berkata, kementeria­nnya akan melancarka­n buku Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) pada tahun depan bagi memberi panduan dan mengukur tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kakitangan kerajaan di seluruh negara. Beliau berkata, KSBM adalah satu piawaian bahasa untuk menentukan tahap pemeroleha­n dan penguasaan dalam kalangan penutur bahasa Melayu sama ada dalam kalangan penjawat awam, mahupun orang ramai.

Empat objektif utama KSBM antaranya menentukan standard kompetensi bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, menentukan standard aras kompetensi bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu, menjadi rujukan dalam pembinaan kurikulum pendidikan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dan menjadi rujukan bagi membina instrumen penguasaan bahasa Melayu.

Berikutan itu, Dr Maszlee berkata, kementeria­nnya akan mengedarka­n manual KSBM berkenaan kepada semua agensi kerajaan di seluruh negara dan di pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara menerusi bantuan Kementeria­n Luar.

“Manual KSBM ini kita akan gunakan semua peringkat standard sesuai untuk mengukur tahap penggunaan bahasa Melayu sama ada penutur jati atau bukan... kita menaikkan semua standard BM dalam semua sektor,” katanya.

 ??  ?? DR Maszlee (dua dari kanan) bersama timbalanny­a, Teo Nie Ching (dua dari kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas (kanan) dan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Dr Maridah Alias menunjukan naskhah contoh Buku Kerangka Standard Bahasa Melayu pada pelancaran­nya sempena Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan 2018.
DR Maszlee (dua dari kanan) bersama timbalanny­a, Teo Nie Ching (dua dari kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Gazali Abas (kanan) dan Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia Kampus Bahasa Melayu, Dr Maridah Alias menunjukan naskhah contoh Buku Kerangka Standard Bahasa Melayu pada pelancaran­nya sempena Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia