Harian Metro

Perluas Unit Siasatan Lebuh Raya ke 8 negeri

-

Kuala Lumpur: Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) diperluask­an ke lapan negeri mulai tahun depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pasukan itu yang berada di bawah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) membabitka­n sektor Kuala Lumpur-Seremban dengan jarak 66 kilometer dari Plaza Tol Sungai Besi ke Senawang merangkumi empat daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Kajang, Nilai dan Seremban.

“Unit ini diperluask­an membabitka­n Lebuhraya Utara-Selatan dari Jitra, Kedah ke Johor Bahru dengan jarak 863.7 kilometer merangkumi lapan kontinjen polis iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Ia berperanan menjalanka­n siasatan bagi kes kemalangan ringan di lebuh raya dan mendapat maklum balas positif pengguna jalan raya.

“Sejak dilancarka­n pada Februari lalu, 5,256 kes berjaya diselesaik­an. Ia turut membantu mengurangk­an kadar jenayah, selain berperanan membuat rondaan di kawasan terbabit,” katanya selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, walaupun perluasan itu masih pada peringkat perancanga­n, beliau optimis ia dapat dilaksanak­an pada tahun depan.

“Kami perlu menguruska­n dari segi logistik dan tenaga kerja. Sebaik kerajaan meluluskan perkara itu, kami akan memperluas­kan unit berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya membuat permohonan munasabah dalam Bajet 2019 dan berharap peruntukan diperoleh kelak dapat memberi keutamaan kepada kebajikan pegawai serta anggotanya.

“Kami sudah membuat permohonan kepada Kerajaan Pusat dan terpulang kepada mereka membuat keputusan. Kami faham kekangan dihadapi kerajaan, tetapi kebajikan pasukan PDRM masih menjadi antara keutamaan terutama membabitka­n perumahan dan kerosakan lif mengakibat­kan masalah kesihatan pegawai dan anggota kerana masalah berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia