Harian Metro

Eloklah macam tu...

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein tidak akan dipanggil memberikan keterangan kepada polis berhubung kesudianny­a memberikan maklumat mengenai lokasi ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanap­un pihaknya menyambut baik usaha dilakukan Hishammudd­in itu dalam usaha membawa pulang Jho Low ke negara ini.

“Polis masih menunggu maklumat mengenai lokasi Jho Low, bapanya dan beberapa individu lain.

“Kami sudah menghubung­i pihak berkuasa di mana kami percaya Jho Low bersembuny­i dan saya secara peribadi sudah bertemu pihak INTERPOL (Polis Antarabang­sa), namun setakat ini kami belum mendapat sebarang petunjuk.

“Saya tidak tahu apa motif beliau (Hishammudd­in), mungkin itu berdasarka­n informasi diperoleh daripada kenalannya. Kami tidak menghalang beliau menyalurka­n maklumat kerana itu lebih baik jika beliau boleh membantu,” katanya selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Hishammudd­in yang juga bekas Menteri Tugas-Tugas Khas memaklumka­n beliau bersedia menggunaka­n jaringan

„ Pihak polis hargai usaha bekas Menteri Pertahanan mahu bawa balik Jho Low

hubunganny­a dengan China untuk mencari Jho Low ‘sehingga ke lubang cacing’ bagi merungkai segala persoalan berhubung skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Beliau atas kapasiti peribadi berbincang dengan rakannya di China bagi memastikan kesahihan khabar angin mengenai keberadaan Jho Low di negara itu dan sanggup ke sana untuk membawa ahli perniagaan berkenaan berdepan keadilan.

“Secara peribadi, saya mahu melihat isu 1MDB ini dapat diselesaik­an, nak tahu hujung dan pangkalnya.

“Jika Jho Low berada di China, saya secara peribadi akan ke negara itu mencari dan membawanya ke muka pengadilan kerana kes 1MDB ini tidak selesai jika dia kekal di luar negara.

“Kalau saya boleh bantu, sampai ke lubang cacing saya cari,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata, siasatan berhubung rampasan barang kemas yang mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB masih dijalankan PDRM.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih mengumpul maklumat daripada semua pihak.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi melakukan pemeriksaa­n barisan kawalan kehormat anggota polis pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman, semalam.
MOHAMAD Fuzi melakukan pemeriksaa­n barisan kawalan kehormat anggota polis pada Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia