Harian Metro

Tunggu hasil kajian impak

- Nur Lela Zulkipli Nurlela@nstp.com.my

„ Akta Gangguan Seksual tangani jenayah di tempat kerja akan digubal

Kerajaan akan menggubal Akta Gangguan Seksual yang khusus untuk menangani jenayah itu terutama di tempat kerja.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, pada masa ini kementeria­n menunggu hasil kajian impak untuk dijadikan panduan menggubal akta itu.

Akta berkenaan, katanya, akan dapat menangani kelemahan dalam perundanga­n dan peraturan sedia ada berhubung gangguan seksual.

“Pada masa ini kita tidak ada undang-undang khusus bagi gangguan seksual, tetapi kita ada kod etika dan peraturan atau garis panduan.

“Buang kerja adalah hukuman paling berat dan kalau kita mahu pesalah dipenjara, kita perlu guna kanun keseksaan dan ramai mangsa tidak bersedia. Oleh itu, kita perlukan akta yang spesifik,” katanya di lobi Parlimen semalam.

Isu berkaitan dibangkitk­an Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-UMNO Tenggara) dalam Dewan Rakyat, semalam.

Kod etika dan garis panduan sedia ada ialah Kanun Keseksaan, Akta Kerja 1955, Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja dan Garis Panduan Mengendali­kan Gangguan Seksual di Tempat Kerja Dalam Perkhidmat­an Awam.

Hannah berkata, kementeria­n juga akan mengkaji beban bukti yang dihadapi mangsa gangguan seksual dan bersedia memperkena­lkan piawaian berbeza bagi memastikan jenayah itu dapat dibuktikan.

Katanya, banyak mangsa gangguan seksual tidak melaporkan kes kerana jenayah itu bersifat subjektif dan sukar untuk mengemukak­an bukti bahawa mereka menjadi mangsa.

“Gangguan seksual sangat subjektif, kadangkala ia bukan fizikal, tapi lisan, kenyataan yang bercanggah, jadi bila kita mahu gubal akta itu nanti kita akan pastikan beban bukti mangsa adalah standard yang berlainan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia