Harian Metro

Pupuk etika ICT

- Syalikha Sazili cnews@nstp.com.my

Kesedaran mengenai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara berhemah perlu diberi perhatian dalam dunia siber yang tiada sempadan.

Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabang­sa) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr M Iqbal Saripan berkata, pengguna Internet perlu mempunyai etika supaya tidak membawa kesan negatif terhadap penggunaan­nya.

“Etika ICT perlu ditekankan. Sekarang kita lihat penggunany­a cukup berani mengkritik, walhal di luar orangnya tampak sopan.

“Ini memberi konotasi berbeza. Justeru, gunakan Internet dengan berhemah,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Kelab Rakan IDEC @Putra Bakti UPM, Jom Gegaria ICT UPM 2018, di sini, semalam.

Jom Gegaria ICT UPM ini

„ Galak pelayar Internet guna secara berhemah

turut mendapat kerjasama syarikat Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP).

Turut hadir, Pengarang Eksekutif BH Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengarah Pusat Pembanguna­n Maklumat dan Komunikasi (iDEC) Prof Madya Dr Fatimah Sidi.

Ahmad Zaini berkata, penyebaran maklumat perlu seiring peredaran semasa justeru, pengguna perlu bijak mencari maklumat.

“Pengguna perlu bijak mencari maklumat menerusi ICT, tetapi rujukan terhadap media rasmi seperti surat khabar contohnya NSTP masih perlu diutamakan.

“Kita memasuki revolusi 4.0 bagi memenuhi pasaran dan media sedia bekerjsama untuk membantu penyebaran maklumat menerusi pelbagai kaedah,” katanya.

Sementara itu, Jom Gegaria ICT yang berlangsun­g tiga hari bermula semalam di UPM turut menempatka­n 80 gerai jualan dengan pelbagai aktiviti pengisian ilmu ICT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia