Harian Metro

30% TIADA DUIT SIMPANAN

- Azzman Abdul Jamal azzman@nstp.com.my

„ Kajian Literasi Kewangan tunjukkan rakyat Malaysia tidak menabung secukupnya

Kajian Literasi Kewangan Malaysia dalam talian yang dilancarka­n RinggitPlu­s menunjukka­n rakyat Malaysia tidak menabung dengan secukupnya.

Kajian yang membabitka­n 3,000 responden itu, mendapati 30 peratus daripadany­a mengakui bahawa mereka tidak mempunyai simpanan untuk bertahan lebih daripada sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlu­s, Liew Ooi Hann berkata, sejumlah 29 peratus daripada responden tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk bertahan selama tiga bulan sekiranya tidak memiliki pendapatan.

Lebih membimbang­kan, katanya, lebih daripada separuh responden tidak mampu untuk menabung lebih RM500 sebulan dengan 24 peratus menyatakan bahawa mereka tidak mampu untuk menabung.

“Malah, 32 peratus responden lagi menyatakan bahawa mereka hanya menabung kurang daripada RM500 sebulan.

“Keputusan kajian mengenai tabiat berbelanja menunjukka­n 33 peratus responden sama ada membelanja­kan semua pendapatan bulanan mereka atau lebih.

“Dari segi insurans pula, 54 peratus daripada responden mempunyai insurans nyawa, manakala 62 peratus mempunyai insurans perubatan,” katanya pada majlis Pelancaran Kerjasama RinggitPlu­s dan Ringgit Sense+, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Jirnexu Sdn Bhd, Yuen Tuck Siew dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak.

Johan berkata, kerjasama itu bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai hal ehwal kewangan peribadi menerusi rancangan Ringgit Sense+ yang akan disiarkan di TV3.

Katanya, episod pertama musim terbaru Ringgit Sense+ dijadual ke udara pada 26 November ini dan ia akan ditayangka­n setiap minggu pada Isnin jam 6 petang.

“Memandangk­an topik kewangan peribadi kekal penting untuk dibicaraka­n, kami sentiasa mencari jalan baharu bagi menyalurka­n maklumat kepada rakyat Malaysia mengenai cara terbaik dalam pengurusan kewangan.

“Pada musim ini, rancangan itu akan menampilka­n logo serta wajah baharu, malah kandungann­ya turut akan disalurkan secara digital supaya dapat meningkatk­an kebolehcap­aian yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam usaha menangani isu kewangan peribadi, RinggitPlu­s turut menaik taraf laman webnya serta memperkena­lkan ciri ‘chatbot’ bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n maklumat dan cadangan berkaitan produk kewangan.

Fungsi chatbot yang bakal diperkenal­kan bermula pertengaha­n November ini bakal memudahkan transaksi serta permohonan untuk produk kewangan seperti kad kredit, pinjaman, simpanan dan insurans tanpa perlu mengisi borang permohonan.

 ??  ?? DARI kiri Liew, Yuen, Ketua Pegawai Teknologi Jirnexu Sdn Bhd, Cedric Vivier, Johan, Pengurus Besar Kumpulan Operasi Berita, Televisyen dan Rangkaian Radio Media Prima, Sofwan Mahmood, Pengacara Ringgit Sense Plus, Azaria Tagaya dan Penerbit Eksekutif Media Prima, Ooi Beng Cheang pada majlis Pelancaran Kerjasama RinggitPlu­s dan Ringgit Sense+, semalam.
DARI kiri Liew, Yuen, Ketua Pegawai Teknologi Jirnexu Sdn Bhd, Cedric Vivier, Johan, Pengurus Besar Kumpulan Operasi Berita, Televisyen dan Rangkaian Radio Media Prima, Sofwan Mahmood, Pengacara Ringgit Sense Plus, Azaria Tagaya dan Penerbit Eksekutif Media Prima, Ooi Beng Cheang pada majlis Pelancaran Kerjasama RinggitPlu­s dan Ringgit Sense+, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia