Harian Metro

Konsep baru warna-warni

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my

Bata Malaysia (Bata) terus mengukuhka­n perniagaan­nya di negara ini dengan memperkena­lkan kedai konsep baru yang menumpukan kepada segmen kanak-kanak.

Kedai baru itu yang dikenali sebagai Bata Kids adalah yang pertama seumpamany­a dibuka di rantau Asia Pasifik.

Bata Kids membariska­n koleksi kasut dan aksesori menarik daripada jenama seperti Bubblegumm­ers, Disney’s Marvel, Hello Kitty, Barbie dan My Little Pony.

Syarikat itu berkata, Bata Kids akan beroperasi di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Katanya, kedai perdana itu juga direka dengan teliti supaya kelihatan riang dan berwarna-warni bagi menarik perhatian kanak-kanak.

“Dengan menjadikan kanak-kanak sebagai tumpuan dalam perniagaan ini, kedai Bata Kids turut mempunyai ruang tersendiri yang direka supaya kanak-kanak boleh menyerlahk­an kreativiti mereka menerusi aktiviti mewarna.

“Malah, ibu bapa juga akan mengalami pengalaman membeli-belah yang unik di Bata Kids kerana ia direka untuk memuatkan ruang kereta sorong yang banyak,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Serentak dengan pembukaan rasminya, Bata menawarkan promosi khas hanya pada 31 Oktober ini, yang mana 10 pelanggan pertama yang menunjukka­n laman sosial Facebook dan Instagram Bata Malaysia akan menerima kasut percuma.

Selain itu, 40 pelanggan seterusnya akan mendapat baucar bernilai RM20.

Pada hari sama, Bata juga akan melancarka­n tawaran selama dua minggu yang mana pelanggan berpeluang mendapat tawaran khas bagi anak mereka dengan setiap pembelian RM80 di Bata Kids. Tawaran ini sah sehingga 11 November depan.

Bata kini mengendali­kan lebih 250 kedai di negara ini termasukla­h Bata City, Bata Family dan Primavera.

„ Bata Kids tumpu koleksi kanak-kanak

pengurus dana konvension­al dan patuh syariah bagi AmInvestme­nt Bank Bhd, optimis mencapai 10,000 langganan baru bagi dana Skim Persaraan Swasta (PRS), AmPRS menjelang akhir tahun depan berbanding 20,000 pencarum ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Goh Wee Peng berkata, sasaran itu dipacu menerusi pengenalan saluran langganan dalam taliannya di www.easicircle.com.

Goh berkata, sejak AmPRS dilancarka­n pada 2013, aset di bawah pengurusan dana itu sebanyak RM90 juta sehingga September lalu.

“Pengalaman pelanggan sentiasa menjadi teras strategi runcit kumpulan. Oleh itu, kami mengambil langkah mendigital­kan proses interaksi pelanggan di mana ketika proses langganan, pelabur akan diketengah­kan mengenai ciri utama AmPRS oleh pengurus dana maya kami,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Saluran Digital PRS AmPRS di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia