Harian Metro

Senheng terima 35,776 penyertaan

-

Kuala Lumpur: Senheng Electric (KL) Sdn Bhd melancarka­n Kempen

dengan pelbagai tawaran menarik sebagai ganjaran kepada ahli PlusOne sempena filem Jurassic World: Fallen Kingdom.

Salah satu ganjaran lumayan dalam kempen ini adalah lawatan ke Hawaii secara percuma di mana 10 pelanggan bertuah dipilih menghayati pengalaman di taman tema Jurassic.

Pengarah Urusannya, KH Lim berkata, pihaknya berbesar hati dengan pencapaian yang dicatatkan pada hari ini dan ia daripada sokongan berterusan pelanggan.

“Kami mengumumka­n selama 29 tahun berada di dalam bidang perniagaan ini, kami semakin maju dan menjadi semakin kukuh.

“Kami bangga dengan misi kami untuk memberikan nilai terhebat, kemudahan dan pengalaman membeli-belah

yang hebat kepada pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, sebagai menghargai pelanggan setia, pihaknya memberikan pelbagai ganjaran termasuk hadiah percutian percuma.

“Kami menawarkan pelbagai hadiah dan peraduan sepanjang tahun bagi membolehka­n pemenang bertuah melancong ke seluruh dunia secara percuma.

“Ia termasuk percutian ke Korea, Los Angeles, London dan terbaru ke Hawaii.

“Malah, kami akan meAmInvest, nawarkan lawatan ke Rusia bagi kempen seterusnya,” katanya.

Kempen kerjasama dengan Panasonic Malaysia, AEON Credit Service and Citi Visa ini menyaksika­n 35,776 borang penyertaan diterima.

Ia turut menyumbang kepada jumlah jualan bernilai RM280 juta sepanjang tempoh kempen.

Bagi rakan strategik Senheng, Panasonic Malaysia mencatatka­n jumlah jualan RM40 juta, manakala AEON Credit Service dan Citi Visa masing-masing mengumpul jumlah jualan RM31 juta dan RM13 juta.

 ??  ?? PELANGGAN Senheng yang terpilih menyertai percutian ke Hawaii.
PELANGGAN Senheng yang terpilih menyertai percutian ke Hawaii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia