Harian Metro

Orang tinggi lebih berisiko dapat kanser

-

New York: Orang tinggi lebih berisiko mendapat kanser berbanding individu bertubuh rendah dengan risiko meningkat 10 peratus untuk setiap 10 sentimeter melebihi ketinggian purata, menurut satu kajian yang disiarkan baru-baru ini.

Penyelidik Universiti California, Riverside di California, Amerika Syarikat berkata, wanita tinggi lebih berisiko mendapat kanser dengan 12 peratus berbanding lelaki tinggi dengan sembilan peratus.

Mail Online melaporkan, kajian itu yang diberi nama Proceeding­s B disiarkan dalam jurnal Royal Society.

Menurut kajian itu, mempunyai lebih banyak sel di tubuh, seperti yang dimiliki oleh orang tinggi, adalah punca mereka lebih berisiko menghidap kanser.

Beberapa jenis kekerdilan pula didapati mengurangk­an risiko kanser dengan banyak.

Penyelidik mencadangk­an, hormon yang merangsang pertumbuha­n yang dikenali sebagai IGF-1, ada satu kesan untuk mencetuska­n kanser.

IGF-1 mempercepa­tkan kadar pembahagia­n sel ketika mereka membesar tetapi ia turut meningkatk­an kemungkina­n sel itu bertukar menjadi tumor.

Penyelidik mengira ketinggian purata lelaki pada 175 sentimeter dan wanita pula 162 sentimeter.

Bagi kaum wanita yang tinggi, mereka berisiko tinggi mendapat kanser tiroid, kulit, limfoma, usus, ovari, payudara dan rahim.

Kaum lelaki yang tinggi pula berdepan risiko mendapat kanser tiroid, kulit, limfoma, usus, buah pinggang, hempedu dan sistem saraf pusat.

Bagaimanap­un, pusat Kajian Kanser United Kingdom memberitah­u, risiko itu boleh dikurangka­n dengan mengamalka­n gaya hidup sihat, tidak menghisap rokok dan mengekalka­n berat badan yang sesuai. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia