Harian Metro

Boikot tidak halang Arab Saudi kaut RM208 bilion

-

Riyadh: Boikot oleh sejumlah besar syarikat terkemuka dunia tidak menghalang Arab Saudi menandatan­gani perjanjian perdaganga­n bernilai AS$50 bilion (RM208 bilion) pada hari pertama persidanga­n pelaburan di sini, semalam.

Media Arab Saudi melaporkan, antara 25 perjanjian sempena Forum Inisiatif Pelaburan Masa Depan yang digelar ‘Davos di padang pasir’ itu membabitka­n Trafigura, Total, Hyundai, Norinco, Schlumberg­er, Halliburto­n dan Baker Hughes.

Menurut Arabian Business, syarikat gergasi minyak Arab Saudi, Aramco, menandatan­gani 15 memorandum persefaham­an (MoU) bernilai AS$34 bilion (RM142 bilion) dengan syarikat dari lapan negara, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, India dan UAE.

Menurut Sky News, ahli politik kanan dari Britain, Amerika dan negara Eropah enggan menghadiri forum itu berikutan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Banyak syarikat dan bank tidak menghantar pegawai atasan ke forum itu, namun menghantar pegawai lebih rendah bagi merebut sebahagian dana AS$250 bilion (RM1.04 trilion) yang ditawarkan di Arab Saudi.

AFP melaporkan, Putera Mahkota Mohammed Salman muncul di forum berkenaan semalam, dan membuat ucapan di khalayak ramai buat pertama kali sejak kes Khashoggi menjadi perhatian dunia.

Beliau dilihat masih mampu tersenyum dan mengambil swafoto bersama delegasi.

Sementara itu di Washington, Amerika menyatakan ia membatalka­n semua visa pegawai Arab Saudi yang terbabit dalam pembunuhan kejam Khashoggi.

Tindakan itu diambil selepas kenyataan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan bahawa pembunuhan Khashoggi adalah dirancang.

Jabatan Negara menyatakan mengenal pasti 21 rakyat Arab Saudi untuk dikenakan tindakan berkenaan, sama ada menarik balik visa atau menyekat permohonan mereka.

Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata: “Kami ingin menegaskan bahawa AS tidak bertolak ansur dalam tindakan seumpama ini yang diambil untuk mendiamkan Khashoggi.” - Agensi

 ?? - Agensi ?? PUTERA Mohammed bin Salman dilihat masih mampu tersenyum dan mengambil swafoto bersama delegasi.
- Agensi PUTERA Mohammed bin Salman dilihat masih mampu tersenyum dan mengambil swafoto bersama delegasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia