Harian Metro

Klip video maut

- AFP

„ Penyanyi rap Kanada maut jatuh pesawat ketika rakaman

Seorang penyanyi rap Kanada maut selepas terjatuh dari sayap sebuah pesawat ketika membuat aksi lagak ngeri untuk rakaman video muzik terbarunya, kata pasukan pengurusan artis itu dalam kenyataan.

Jon James, 33, dilaporkan mati serta-merta selepas terjatuh ketika melakukan aksi berjalan atas sayap pesawat di Vernon, British Columbia, Sabtu lalu.

“Dia berlatih secara intensif untuk melakukan adegan lagak ngeri itu, tetapi selepas keluar dan berpaut pada sayap pesawat Cessna dia tergelinci­r sebelum terjatuh.

“James berpaut pada sayap tetapi tidak sempat menarik payung terjunnya ketika tergelinci­r,” kata kenyataan yang disiarkan serentak dengan pelancaran kutipan derma pengebumia­n dan penyiaran muzik baharu James itu.

Untuk rakaman video klip berkenaan, James dilaporkan perlu menyanyi ketika menuruni pesawat berkenaan dan berpaut pada sayap pesawat sebelum melakukan aksi terjun.

James memakai payung terjun ketika itu tetapi tidak sempat menariknya kerana dia berpaut terlalu lama di sayap sebelum pesawat itu membuat aksi pusingan ke bawah.

Ketika James terlepas pautannya, pesawat itu sudah terlalu hampir ke bumi dan dia terus terhempas ke tanah.

James menempa nama sebagai penerjun bebas yang kompetitif dan terkenal kerana melakukan aksi lagak ngeri melampau.

Sementara itu, Polis Diraja Kanada mengesahka­n insiden kematian mengejut penyanyi terbabit pada petang Sabtu lalu.

 ??  ?? AKSI lagak ngeri James dalam satu muzik videonya. - Agensi
AKSI lagak ngeri James dalam satu muzik videonya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia