Harian Metro

Al-Qaeda bebas wartawan Jepun

-

Tokyo: Seorang lelaki dipercayai wartawan bebas Jepun yang diculik di Syria, tiga tahun lalu, sudah dibebaskan, kata jurucakap kerajaan negara itu, kelmarin.

“Kami menerima maklumat daripada Qatar bahawa Jumpei Yasuda sudah dibebaskan. Kami dimaklumka­n bahawa dia kini berada di kemudahan imigresen di Antakya di Turki,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.

Katanya, kerajaan sedang memastikan bahawa dia benar-benar Jumpei. Namun, katanya, berdasarka­n maklumat yang ada, kemungkina­n besar lelaki itu adalah Jumpei sambil menambah isterinya sudah dimaklumka­n.

Media Jepun melaporkan bahawa Jumpei, 44, ditangkap cabang kumpulan Al-Qaeda, selepas masuk ke Syria dari Turki pada 2015.

Sejak itu, dia selalu muncul dalam video internet dalam keadaan semakin tidak terurus dengan rambut kian beruban.

Sebuah kumpulan militan pada Ogos lalu menyiarkan video menunjukka­n Jumpei bersama seorang lelaki Itali, Alessandro Sandrini yang merayu pembebasan mereka.

Kedua-dua lelaki memakai baju oren dan beberapa lelaki yang bersenjata serta bertopeng dilihat berdiri di belakang mereka.

Video itu tidak memberitah­u kumpulan mana yang menawan lelaki berkenaan atau menjelaska­n tuntutan mereka secara terperinci.

Jumpei dipercayai diculik kumpulan yang sebelum ini dikenali sebagai Barisan Al-Nusra, bekas cabang kumpulan pengganas Al-Qaeda di utara Syria. - Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video yang disiarkan pada Julai lalu menunjukka­n Jumpei merayu pembebasan­nya. - AFP
SEDUTAN video yang disiarkan pada Julai lalu menunjukka­n Jumpei merayu pembebasan­nya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia