Harian Metro

Trump kata boleh, saya rabalah

- Agensi

„ Seorang lelaki ditahan kerana sentuh payudara wanita ketika berada dalam pesawat

Seorang lelaki yang ditahan kerana meraba payudara wanita ketika berada dalam pesawat memberi ‘alasan bodoh’ apabila memberitah­u polis dia melakukann­ya kerana Presiden Donald Trump berkata boleh menyentuh bahagian sulit wanita.

Ahad lalu, penumpang wanita Southwest Airlines yang dalam penerbanga­n dari Houston ke Albuquerqu­e, terjaga dari tidur kerana berasa ada tangan dari belakang menyentuh payudara kanannya.

Menurut aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah di New Mexico, semalam, wanita itu berkata, bagi sentuhan pertama dia menganggap tidak disengajak­an.

Namun, selepas berlaku lagi 30 minit kemudian, wanita itu bangun dan berhadapan dengan suspek, dikenal pasti sebagai Bruce Alexander, meminta lelaki itu berhenti.

Wanita itu kemudian meminta dipindahka­n ke tempat duduk lain dan kru penerbanga­n memindahka­nnya ke bahagian belakang pesawat.

Alexander ditahan selepas pesawat mendarat di Albuquerqu­e.

Selepas digari dan dimasukkan ke dalam kereta polis, dia berkata ‘Presiden Amerika berkata, tidak mengapa meraba bahagian sulit wanita’.

Ketika kempen pilihan raya pada 2016, Washington Post menyiarkan rakaman video membabitka­n perbualan ‘lucah’ antara Donald Trump dan pengacara televisyen Billy Bush pada 2005. Dalam rakaman video Access Hollywood itu, Trump menceritak­an pengalaman­nya menggoda isteri orang. Trump kedengaran berkata: “Saya tidak tunggu. Apabila anda terkenal, mereka akan membiarkan anda melakukann­ya.

“Anda boleh lakukan apa saja. Pegang mereka di bahagian sulit.” Rome: Sekurang-kurangnya 20 orang, sebahagian besarnya penyokong bola sepak Russia cedera apabila eskalator di stesen kereta api bawah tanah di sini, tiba-tiba bergerak laju menyebabka­n mereka terhumban ke bawah, semalam.

Menurut laporan media Eropah, kejadian di stesen kereta api bawah tanah Repubblica itu berlaku ketika orang ramai berada di atas tangga bergerak terbabit untuk turun.

Daily Mail melaporkan, tujuh mangsa cedera parah dengan seorang hampir putus kaki.

Video yang dimuat naik di media sosial menunjukka­n eskalator berkenaan tiba-tiba bergerak laju menyebabka­n orang ramai terjatuh menghempap satu sama lain.

Ketika kejadian, kumpulan penyokong terbabit dikatakan menyanyi sambil melompat-lompat di atas eskalator berkenaan ketika dalam perjalanan menyaksika­n perlawanan bola sepak kelab Russia menentang Roma.

Lebih 100 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan pemeriksaa­n mendapati beberapa anak tangga eskalator tercabut.

Sebahagian besar mangsa yang cedera ialah warga Russia serta beberapa orang rakyat Itali.

Sementara itu, Datuk Bandar Rome, Virginia Raggi yang melawat stesen berkenaan berkata, pihak berkuasa pengangkut­an sudah memulakan siasatan kejadian itu.

“Berdasarka­n keterangan saksi, sebahagian penyokong terbabit melompat dan menari di atas tangga bergerak berkenaan,” katanya. - Agensi

 ??  ?? PETIKAN rakaman Presiden Donald Trump membuat kenyataan ‘pegang bahagian sulit mereka’ dalam video Access Hollywood pada 2005. - Ihsan Washington Pos
PETIKAN rakaman Presiden Donald Trump membuat kenyataan ‘pegang bahagian sulit mereka’ dalam video Access Hollywood pada 2005. - Ihsan Washington Pos
 ??  ?? ALEXANDER didakwa melakukan serangan seksual. - Agensi
ALEXANDER didakwa melakukan serangan seksual. - Agensi
 ??  ?? PULUHAN peminat bola sepak Russia jatuh selepas eskalator di stesen metro tiba-tiba runtuh. - Agensi
PULUHAN peminat bola sepak Russia jatuh selepas eskalator di stesen metro tiba-tiba runtuh. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia