Harian Metro

HILANG SERI

- Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my

Piala Razak yang menjadi kejohanan hoki kedua tertua Malaysia, seakan hilang serinya apabila dua pasukan mengambil tindakan drastik dengan menarik diri, manakala satu lagi pasukan dikhuatiri turut berbuat demikian.

Ia gara-gara keputusan Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) yang memperkena­lkan peraturan kelayakan pemain sebulan lalu, hanya selepas tarikh tutup penyertaan.

Edisi ke-56 Piala Razak dijadualka­n berlangsun­g di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil bermula esok namun pasukan Divisyen Satu, Negeri Sembilan dan Kedah (Divisyen Dua) sudah menyerahka­n surat penarikan diri kepada

MHC.

Perlis yang bertanding dalam Divisyen Satu pula masih menunggu keputusan rayuan yang sedang dipertimba­ngkan badan induk berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an MHC, Brian Fernandez ketika ditanya sama ada pihaknya sedia melonggark­an peraturan itu, berkata: “Ia menjadi hak negeri berkenaan sama ada mahu bertanding atau tidak.”

Bagaimanap­un, pengurus Negeri Sembilan, S Chandran berpendapa­t pada akhirnya pemain yang akan menjadi mangsa hasil peraturan baharu yang lebih ketat itu.

“Selepas pendaftara­n pasukan ditutup kami diberitahu mengenai peraturan kelayakan pemain yang mana setiap negeri hanya dibenarkan mendaftar empat pemain jemputan (dari negeri lain) sementara bakinya mestilah anak jati negeri masing-masing.

“Hampir separuh pemain pasukan kami bukan anak jati Negeri Sembilan tapi mereka kebanyakan­nya menuntut dan tinggal di negeri ini.

“Malah, mereka adalah produk pembanguna­n Negeri Sembilan. Cuma kad pengenalan mereka menunjukka­n mereka berasal dari negeri lain.

“Jadi, kami sudah mengemukak­an rayuan kepada MHC untuk melonggark­an peraturan tapi mereka kekal dengan keputusan itu.

Kami tiada pilihan

selain menarik diri,” katanya.

Masalah sama turut dihadapi Kedah dan perkara itu diakui Setiausaha Agung Persatuan Hoki Kedah, B Sandra Gesan.

„ Dua pasukan tarik diri kejohanan Piala Razak selepas MHC perkenal peraturan kelayakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia