Harian Metro

Rahman perturun skil badminton

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Seramai 60 pelajar sekolah kebangsaan di Pahang teruja apabila mendapat bimbingan daripada bekas jaguh badminton negara dalam program Kem Bakat Badminton Kementeria­n Belia dan Sukan-Nusa Mahsuri, baru-baru ini.

Kem selama tiga hari yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Pahang itu dikendalik­an bekas pemain negara, Abdul Rahman Sidek yang juga Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Ia dirasmikan Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Pahang, Muhamad Hafizi Ahmad Zaini. Hadir sama, Datuk Seri Jalani Sidek yang juga bekas pemain beregu negara.

Bagi Muhammad Mu’adz Afif Mohd Hasmizan, 10, dari Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat, Jengka, Maran, kem itu banyak membantuny­a untuk menjadi seorang pemain profesiona­l pada masa depan.

“Walaupun hanya bergiat aktif dalam sukan ini tahun lalu, saya percaya dengan keazaman tinggi dan bimbingan daripada jurulatih, saya mampu bermain dengan baik dan meraih kejayaan,” katanya.

Rakannya, Allam Syah Salim, 11 berkata, tempoh tiga hari itu bukan saja mempelajar­i pelbagai teknik, malah kekuatan mental turut diutamakan.

“Saya dan rakan lain akan memanfaatk­an ilmu yang disampaika­n dengan sebaiknya untuk bergelar pemain profesiona­l pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Hafizi berkata, kem itu lebih kepada memberi pendedahan dan teknik kemahiran asas badminton yang betul kepada kanak-kanak.

Katanya, pada masa sama, ia diharap dapat melahirkan bakat baru dalam kalangan kanak-kanak, sekali gus melahirkan pelapis pemain badminton Pahang.

“Kami percaya kem tiga hari ini banyak membantu pelajar untuk lebih bersedia dan memanfaatk­an segala teknik yang diberikan,” katanya.

 ??  ?? RAHMAN (tengah) di program Kem Bakat Badminton.
RAHMAN (tengah) di program Kem Bakat Badminton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia