Harian Metro

Arrivabene puji semangat Raikkonen, kru Ferrari

-

London: Ketua pasukan Ferrari, Maurizio Arrivabene memuji pasukan Itali itu kerana mempamerka­n ‘keberanian hebat pada masa yang sukar’ selepas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Kini Raikkonen mengatasi Lewis Hamilton pada awal perlumbaan Ahad lalu dan menafikan ‘serangan’ lewat pemandu Red Bull, Max Verstappen serta pendahulu kejuaraan untuk meraih kemenangan pertamanya sejak kali terakhir di GP Australia 2013.

Kejayaan itu yang juga menandakan kemenangan pertama Raikkonen sejak kali terakhir pada 2009 bersama Ferrari menamatkan kemarau empat perlumbaan tanpa kemenangan Scuderia selain melambatka­n tempoh Hamilton untuk meraikan gelaran.

“Kemenangan ini hadir daripada Kimi yang memacu satu perlumbaan hebat dan pasukan, yang berada dalam keadaan rumit, menunjukka­n keberanian, bersaing sengit dengan seteru utama kami,” kata Arrivabene.

Rakan sepasukan, Sebastian Vettel mengalami pertembung­an dengan Daniel Ricciardo pada pusingan pembukaan ketika merebut tempat keempat tatkala dirinya dikenakan penalti grid kerana memecut sewaktu bendera merah dikibarkan pada sesi latihan.

Biarpun kejuaraan Hamilton ditangguhk­an di Austin, Vettel dilihat masih berpeluang untuk melambatka­n lagi keraian sekiranya dia memenangi GP Mexico, hujung minggu ini. Arrivabene menegaskan Ferrari akan terus bersaing meskipun mengakui ‘angka tidak memihak mereka’.

“Seb ditimpa malang dan harus bersaing untuk kembali berada di landasan diinginkan selepas pertembung­an pada pembukaan pusingan,” katanya.

“Dalam kejuaraan, angka tidak memihak kepada kami, tetapi kami akan terus berjuang sehingga akhirnya, sama seperti dilakukan hari ini (Ahad lalu).”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia