Harian Metro

‘Berpeluh’ nak menang

Federer lega mara pusingan kedua selepas bergelut tundukkan Kranjinovi­c

-

Roger Federer dipaksa bekerja keras sebelum mengenepik­an pemain Serbia, Filip Krajinovic 6-2, 4-6, 6-4 untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Swiss Indoors, semalam.

Juara lapan kali itu seperti hampir untuk mengulangi penyingkir­an terawal di Basel pada 1998 dalam aksi sulungnya, namun mampu keluar daripada situasi mendebarka­n itu.

“Saya berada di depan 6-2, 3-1, ia boleh dimuktamad­kan dengan lebih cepat lagi,” kata Federer. “Namun saya membuatkan­nya menjadi lebih sukar.

“Saya tidak melakukan statistik servis terbaik, mungkin ia memerangka­p saya.

“Apapun, ini adalah perlawanan lain, lebih altitud berbanding di Shanghai, ia mengenai bagaimana kamu menyesuaik­an keadaan.

“Pusingan pertama sentiasa rumit, tidak pernah sesekali yang kamu akan diberikan kemenangan mudah.”

Terdahulu, Jan-Lennard Struff mengenepik­an pemain Australia John Millman 7-6 (7/3), 6-2 dan dijadual bertemu Federer, selepas ini.

“Saya bersyukur kerana mara. Ini perlawanan yang kamu harus menang,” kata Federer. “Perlawanan tidak berlangsun­g seperti dirancang, tetapi ia kemenangan yang sukar.

“Saya berasa baik secara

Saya tidak melakukan statistik servis terbaik, mungkin ia memerangka­p saya” Roger Federer

fizikalnya. Saya mempunyai rehat selama sehari dan ia bukan satu masalah untuk bermain tiga set. Saya gembira dengan kedudukan saya ketika ini.”

Federer yang berusia 37 tahun sebelum ini mendedahka­n dia bergelut dengan kecederaan tangan sejak bermula musim gelanggang rumput dan kali terakhir tewas di kejohanan Swiss Indoors pada 2013 kepada Juan Martin del Potro.

 ??  ?? KRAJINOVIC gagal sekat kemaraan Federer. FEDERER nyaris tersingkir sebelum kembali mendapat rentak.
KRAJINOVIC gagal sekat kemaraan Federer. FEDERER nyaris tersingkir sebelum kembali mendapat rentak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia