Harian Metro

Lopetegui yakin kemudi Real jumpa Barcelona

-

Kharkiv, Ukraine: Manchester City mengembali­kan semula ‘magis’ dalam kempen Liga Juara-Juara apabila David Silva dan Bernardo Silva masing-masing meledak gol ketika menang 3-0 ke atas Shakhtar Donetsk, semalam. Pengurus City, Pep Guardiola menyifatka­n kemenangan di gelanggang lawan itu sebagai prestasi yang ‘menakjubka­n.’

Skuad kendalian jurulatih dari Sepanyol itu sudah meraih dua kemenangan berturut-turut di pentas Eropah selepas tewas mengejut kepada Lyon dalam aksi pembukaan dan kini menghuni tangga teratas Kumpulan F.

Kelab Perancis, Lyon ketinggala­n satu mata selepas diikat 3-3 kelab Jerman, Hoffenheim.

“Di Eropah, 3-0, kami menakjubka­n. Kami mencipta banyak peluang,” kata Guardiola kepada BT Sport. “Ia keputusan cukup cemerlang.”

Juara Inggeris itu berpotensi untuk mengesahka­n tempat di peringkat 16 terakhir jika mereka menewaskan Shakhtar pada aksi timbal balik di Etihad dalam usaha memenangi gelaran sulung Liga Juara-Juara.

“Jika kami mampu menang perlawanan seterusnya, Shakhtar akan terkeluar,” kata Guardiola.

“Selepas kekalahan kami di Lyon, kami berdepan tekanan yang besar. Saya amat gembira dengan prestasi kami.

“Kami sudah bersama tiga musim dan kini mengenali satu sama lain dengan lebih baik. Adalah normal jika kamu sudah bersama selama tiga tahun kamu akan lebih baik berbanding tahun pertama.”

David meletakkan City di depan selepas setengah jam perlawanan berlangsun­g sebelum Aymeric Laporte menggandak­an jaringan diikuti gol Bernardo, kurang dua minit selepas dia dimasukkan sebagai pemain gantian.

Guardiola juga menyenarai­kan bintang tengahnya, Kevin De Bruyne dalam kesebelasa­n utama buat pertama kali musim ini selepas dua bulan disisihkan susulan kecederaan lutut.

“Kami bermain dengan lebih baik dalam setiap perlawanan,” kata David yang kini sudah meledak empat gol musim ini. “Kami perlu meningkat lagi. Jika kami bermain seperti ini kami akan mendapat lebih mata.” - AFP Madrid: Julen Lopetegui berkata, beliau ‘amat yakin’ untuk kekal menggalas tugas selaku jurulatih Real Madrid untuk perlawanan ‘Clasico’ bertemu Barcelona dalam aksi La Liga, Ahad ini.

Real menumpaska­n Viktoria Plzen 2-1 semalam menerusi jaringan Karim Benzema dan Marcelo yang menjamin keputusan diperlukan pasukan meskipun rekod kemenangan mereka tidak menentu sebelum ini.

Lopetegui berkata, dia mengharapk­an keputusan itu akan menjadi titik baharu buat pasukannya selepas mengalami tiga kekalahan sebelum ini.

Keputusan itu meletakkan juara Eropah itu kini menyamai mata dengan Roma dalam Kumpulan G Liga Juara-Juara dan melegakan Lopetegui menjelang kunjungan ke Camp Nou, hujung minggu ini.

Ditanya sekiranya beliau akan mengendali pasukan ketika menentang Barca, Lopetegui berkata: “Saya amat yakin dengannya. Kami menang dan kami sudah memikirkan mengenai persiapan untuk perlawanan Ahad nanti.”

Pengarah Real Madrid, Emilio Butragueno juga mengesahka­n yang Lopetegui akan mengemudi kelab ketika menentang Barcelona nanti.

“Iya, seperti normal, sudah tentu,” kata Butragueno. “Saya amat yakin dengan corak permainan sebegini, adalah amat penting untuk kekal tenang, terus bersama, percaya kepada pemain.

“Kami menggambar­kannya sebagai normal, ini adalah bola sepak dan benar, kami mendengar spekulasi, tetapi kami pergi dengan keyakinan ke Camp Nou.”

Pemain Madrid termasuk Sergio Ramos, Marcelo and Isco, menunjukka­n sokongan mereka terhadap Lopetegui sejak kekalahan di laman sendiri di tangan Levante, Sabtu lalu.

Benzema yang menjadi bintang Madrid ketika menentang Plzen turut menunjukka­n sokongan dengan berkata: “Bos sangat bagus, pemain bersamanya.

“Adalah penting untuk jurulatih berasa yakin terhadap pemainnya dan saya meletak sepenuh keyakinan kepadanya.” - AFP

 ??  ?? SILVA (kanan) merampas bola daripada pemain lawan.
SILVA (kanan) merampas bola daripada pemain lawan.
 ??  ?? BENZEMA (kanan) yakin Lopetegui mampu bawa kejayaan kepada Real.
BENZEMA (kanan) yakin Lopetegui mampu bawa kejayaan kepada Real.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia