Harian Metro

Gunners membara

- Reuters

„ Anak buah Emery tekad kekal momentum kemenangan

Di sebalik jadual padat selepas mengharung­i 10 kemenangan berturut-turut, Arsenal meneruskan pemburuan menjulang trofi Liga Europa apabila berkunjung ke Sporting Lisbon, awal pagi esok.

Begitupun, berita kurang baik buat seteru tetangga London, Chelsea yang mungkin kehilangan pemain paling berpengaru­h, Eden Hazard ketika menanti kunjungan BATE Borisov dari Belarus.

Selepas melengkapk­an deretan 10 kemenangan ketika melayan Leicester dalam kempen Liga Perdana Inggeris, kelmarin, skuad kendalian Unai Emery menjadi pasukan tumpuan dalam Kumpulan E.

Arsenal dan Sporting berkongsi enam mata selepas dua perlawanan, manakala kelab Azerbaijan, Qarabag dan kelab bergelut dari Ukraine, Vorskla masih belum meraih mata.

Sporting ketika ini menghuni tangga kelima liga Portugal, ketinggala­n empat mata daripada puncak liga dengan bekas bintang Manchester United, Nani menjaringk­an tiga gol daripada tujuh perlawanan.

Jika Arsenal memerlukan alasan betapa peluang mereka untuk menjulang trofi Liga Europa, mereka tidak perlu melihat terlalu jauh.

Sewaktu mengendali­kan kelab Sepanyol, Sevilla pada 2013 hingga 2016, Emery mengetuai kelab itu menjulang tiga kejuaraan Liga Europa berturut-turut.

“Kami mula bermain menggunaka­n hati,” kata Emery selepas skuad kendaliann­ya terpaksa bangkit daripada ketinggala­n sebelum menang 3-1 ke atas Leicester.

Sporting yang menang 2-1 ke atas Loures di gelanggang lawan dalam kempen Piala Portugal dengan gol dijaringka­n Nani dan Bruno Fernandes sepatutnya lebih bertenaga berbanding Gunners apabila perlawanan terakhir mereka berlangsun­g pada Sabtu.

Selepas menang kedua-dua perlawanan pembukaan Kumpulan L, juara 2013 Chelsea menghampir­i pusingan berikutnya dengan kemenangan ke atas BATE sekali pun tanpa khidmat Hazard.

Perancang Belgium itu berkata, dia menerima begitu banyak terjahan ketika Chelsea mengikat Manchester United 2-2, minggu lalu yang menyebabka­nnya terlepas aksi bertemu BATE dengan masalah belakang.

“Apabila saya bangkit daripada tidur pada Isnin, saya masih lagi merasa kekejangan. Malah ketika babak kedua permainan saya tidak boleh memecut dengan baik,” kata Hazard.

 ??  ?? EMERY tuntut pemain raih mata penuh di Sporting.
EMERY tuntut pemain raih mata penuh di Sporting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia