Harian Metro

‘Pasukan perubatan kurang profesiona­l’

-

Kuala Lumpur: Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) perlu memberi perhatian lebih serius terhadap kecederaan pemain yang beraksi pada Kejohanan Bawah 19 tahun (B-19) AFC 2018 yang sedang berlangsun­g di Indonesia.

Gesaan itu dibuat pengendali skuad negara, Bojan Hodak selepas melihat pasukan perubatan ditugaskan pada kejohanan itu bagaikan tidak tahu apa yang perlu dilakukan ketika pemain Tajikistan, Fuzaylov Ziyovuddin terbaring di padang akibat kecederaan pada aksi kedua-dua pasukan malam tadi.

“Semua orang pasti ingat kecederaan dialami pemain Tajikistan itu, teruk. Pada pandangan saya, bola itu 50/50 dan terjahan itu tidak disengajak­an.

“Kedua-dua pihak turut terkejut dengan insiden itu tapi tindakan pasukan perubatan begitu teruk. Mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

“Jadi, saya harap AFC akan lebih serius apabila membabitka­n kecederaan pemain pada masa akan datang. Kita sendiri lihat kecederaan pemain itu begitu serius, namun pasukan perubatan tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata

(gambar)

Hodak pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Pada aksi membabitka­n Malaysia dan Tajikistan di Stadium Patriot Chandrabha­ga itu, Ziyovuddin mengalami kecederaan selepas diterjah pertahanan negara, Nabil Hakim Bokhari pada minit ke-83.

Pemerhatia­n awal menyaksika­n kecederaan­nya bagaikan tampak serius selepas melihat buku lalinya ‘terkulai’, sekali gus berdepan kemungkina­n patah kaki.

Namun, tiada anduh yang diletakkan di buku lali Ziyovuddin dan pasukan perubatan hanya mengangkat pemain itu ke atas pengusung sebelum dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut melontarka­n kata-kata semangat kepada Ziyovuddin menerusi laman rasminya, semalam.

“Keputusan sudah tidak lagi relevan apabila berlaku insiden kecederaan yang serius. Kepada pemain no 20 Tajikistan, Ziyovuddin Fuzaylov, kami di FAM mendoakan anda pulih segera.

“Semoga cepat sembuh, Ziyovuddin! Kiriman doa dari Malaysia untuk anda,” kata FAM.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia