Harian Metro

Hazwan tak rela nama terkeluar senarai Cheng Hoe

-

Kuala Lumpur: Penyerang skuad kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri enggan langkahnya terhenti setakat aksi bertemu Maldives sebaliknya berazam menempatka­n diri dalam skuad ke Piala AFF Suzuki 2018.

Bagaimanap­un, penggempur kelab juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tiada laluan automatik buat dirinya mewakili skuad kebangsaan terutamany­a selepas berdepan saingan sengit rakan sepasukan.

Justeru, dia mengaku perlu

(gambar)

bekerja lebih keras supaya dapat terus kekal dalam skuad Harimau Malaya dan mengelak daripada menjadi tiga pemain terakhir yang akan digugurkan jurulatih, Tan Cheng Hoe selepas aksi menentang Maldives, 3 November ini.

“Terima kasih kepada jurulatih kepada memberi peluang buat saya kembali menyertai skuad kebangsaan. Saya rasa tidak akan berdepan masalah kerana sebelum ini pun pernah berada di bawah kendalian jurulatih Cheng Hoe,” kata Hazwan.

“Kehadiran rakan sepasukan yang lain sememangny­a satu saingan yang baik. Pemilihan pemain untuk ke Piala AFF Suzuki 2018 terletak di tangan jurulatih tetapi saya akan memberikan yang terbaik untuk mewakili negara.”

Kali terakhir pemain berusia 27 tahun itu beraksi dalam skuad kebangsaan adalah ketika aksi bertemu Mongolia pada 22 Mac lalu yang berakhir dengan keputusan 2-2.

Bekas penggempur Selangor yang meledak dua gol pada pentas akhir Piala Malaysia 2015 itu antara lapan muka baharu yang dipanggil Cheng Hoe untuk aksi bertemu Maldives dan juga skuad ke Piala AFF Suzuki 2018.

Saingannya untuk merebut tempat dalam jentera serangan dilihat begitu sengit selepas Cheng Hoe turut memanggil dua rakan sepasukann­ya di JDT iaitu Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid, Shahrel Fikri Md Fauzi (Nakhon Ratchasima), Zaquan Adha Abdul Radzak (Kuala Lumpur), Nor Shahrul Idlan Talaha (Pahang) serta pemain naturalisa­si pertama negara, Mohamadou Sumareh.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia