Harian Metro

Kamal hampa

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

„ Penyokong tegar TFC akur tidak dapat hadir menonton final Piala Malaysia atas faktor kesihatan

“Tujuh tahun saya menunggu Terengganu mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tapi bila layak, keadaan kesihatan pula menjadi penghalang saya untuk menontonny­a di Stadium Shah Alam,” kata Mohd Kamal Abdullah, 62, penyokong tegar skuad Penyu.

Beliau yang berstatus orang kurang upaya (OKU) dan menggunaka­n kerusi roda sepenuhnya sejak berusia 9 tahun ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Besar, semalam.

Kamal berkata, beliau teringin pergi ke Stadium Shah Alam Sabtu ini menyaksika­n pertembung­an klasik antara Terengganu FC dan Perak tetapi faktor kesihatan menjadi penghalang hasratnya.

“Sebelum ini saya tidak pernah terlepas memberikan sokongan kepada Terengganu pada final 1998, 2001 dan 2011.

“Bagaimanap­un kali ini, saya perlu akur kerana tahap kesihatan tidak menentu membuatkan saya terpaksa membatalka­n hasrat itu.

“Ramai rakan menawarkan bantuan dan sedia membawa saya ke Shah Alam tapi saya terpaksa menolak,” katanya yang menjadi penyokong tegar Terengganu sejak 42 tahun lalu.

Kamal yakin pasukan kesayangan­nya itu mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Terengganu tahun ini.

“Apabila kami berjaya menewaskan JDT (Johor Darul Ta’zim) pada separuh akhir ia sudah cukup membuktika­n Terengganu mempunyai tuah dan bersungguh-sungguh untuk menang.

“Harapan saya semua pemain termasuk jurulatih Irfan Bakti (Abu Salim) memberikan fokus 100 peratus pada final kali ini.

“Saya kecewa kerana tidak dapat ke stadium menyaksika­n perlawanan akhir justeru saya tak ingin kecewa kali kedua sekiranya misi untuk menjadi juara tidak kesampaian,” katanya.

Beliau bersama keluarga akan menonton perlawanan akhir itu di rumah dan bersiap sedia untuk menyarung jersi Terengganu sebagai tanda sokongan.

Harian Metro sebelum ini pernah melaporkan kisah kesungguha­n lelaki warga emas OKU itu memberi sokongan kepada Terengganu setiap kali pasukan itu beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Kamal yang berkerusi roda kerana lumpuh sebelah kiri badan akibat jatuh pokok sering mencuri perhatian ramai kerana beliau sentiasa berada berhampira­n padang memberi sokongan kepada skuad Penyu tidak kira cuaca panas atau hujan.

Kesungguha­nnya memberi sokongan mendorong Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menghargai­nya dengan memberikan­nya pas masuk percuma menyaksika­n perlawanan bola sepak di stadium itu sejak Mei tahun lalu.

 ?? FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI ?? SUHAIMI Osman, 41, membantu Kamal memakai jersi Terengganu.
FOTO: AHMAD RABIUL ZULKIFLI SUHAIMI Osman, 41, membantu Kamal memakai jersi Terengganu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia