Harian Metro

Terengganu isytihar Ahad sebagai cuti umum

- Baharom Bakar dan Malik Muhamad cnews@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Biarpun wisel sepak mula perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu FC dan Perak belum ditiup, kerajaan negeri sudah mengisytih­arkan cuti peristiwa, Ahad ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memutuskan Ahad ini sebagai cuti peristiwa lebih awal bagi membolehka­n jabatan dan agensi kerajaan serta semua sekolah di negeri itu menyusun semula jadual tugas masing-masing.

Katanya, keputusan itu dibuat dengan persetujua­n ahli majlis kerajaan negeri (Exco) yang bermesyuar­at semalam.

“Apa juga keputusan, Terengganu tetap cuti Ahad ini, tapi saya yakin dengan semangat setiap pemain, sejarah menjuarai Piala Malaysia pada 2001 akan berulang,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Noor Hamzah.

Ahmad Samsuri meminta lebih 30,000 penyokong yang akan ke Stadium Shah Alam, Sabtu ini mengutamak­an keselamata­n dan tidak melakukan pelbagai provokasi hingga menyebabka­n Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dikenakan tindakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ketika mengulas mengenai insentif sekiranya Terengganu menjuarai Piala Malaysia, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan memberi imbuhan kepada pasukan itu.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi imbuhan, tapi bentuknya akan diumumkan nanti,” katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri menafikan pemain TFC terpalit isu tunggakan gaji.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, isu berkenaan tidak timbul apatah lagi skuad TFC kini sedang melakukan persiapan rapi sebelum turun beraksi.

Beliau berkata, mungkin perkara itu sengaja diadakan pihak tertentu yang mahu ‘menyerang’ TFC yang kini berada dalam keadaan tenang dan bersiap-sedia.

“Setakat ini skuad Terengganu tidak ada masalah berkaitan gaji pemain, yang ada masalah tunggakan gaji sebelum ini ialah Terengganu City FC (TCFC) yang tidak berada di bawah Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT),” kata Wan Sukairi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia