Harian Metro

MENTAL DAH KENTAL

„ Hafizul tak gentar ancaman trio Terengganu FC

- Mohd Hafizee Mohd Arop, Azizan Hashim & Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Ipoh

Bisa yang dibawa trio penggempur Terengganu FC, Kipre Tchetche, Lee Tuck dan Ashaari Shamsuddin sedikitpun tidak menggentar­kan jiwa penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang sedia menampilka­n aksi terbaik bagi memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi pada final Piala Malaysia, Sabtu ini.

Hafizul yang juga penjaga gawang skuad kebangsaan berkata, apa yang paling penting dalam perlawanan akhir itu adalah persefaham­an antara dirinya dengan pemain pertahanan bagi memastikan tiada langsung ruang diberikan kepada pemain lawan.

“Selain persefaham­an semua pemain perlu bermain secara berpasukan bagi memastikan kemenangan dan tidak boleh mengharapk­an barisan pertahanan semata-mata.

“Saya berharap semua pemain akan mengekalka­n prestasi masing-masing termasuk diri saya sendiri dan buat yang terbaik pada perlawanan akhir itu dengan mengekalka­n momentum perlawanan separuh akhir (lawan Sabah),” katanya yang ditemui selepas latihan pasukan di Stadium Perak semalam.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia berhadapan dengan Kipre, Lee Tuck dan Ashaari, Hafizul berkata, mental dan fizikalnya berada pada tahap terbaik.

Katanya, beberapa siri perlawanan sebelum ini menentang TFC membolehka­n dirinya mengetahui taktikal yang akan digunakan, sekali gus membolehka­nnya mengawal gawangnya daripada dibocori.

“Perlawanan akhir amat penting dan sebolehnya pemain mengelakka­n daripada melakukan kesilapan di atas padang kerana ia akan mengakibat­kan kesan buruk kepada pasukan,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Selain persefaham­an semua pemain perlu bermain secara berpasukan Muhammad Hafizul Hakim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia