Harian Metro

Dijel 25 bulan guna kad pengenalan palsu

-

Kota Kinabalu: Seorang wanita warga asing dijatuhi hukuman penjara 28 bulan selepas mengaku bersalah memiliki kad pengenalan palsu atas nama orang lain ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh dikenali sebagai Mariani, 25, membuat pengakuan itu selepas faham dengan pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Mengikut pertuduhan, Mariani memiliki kad pengenalan bernombor 010810-12-1648 atas nama Norfazila Nasrani dan dokumen itu didapati palsu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Peraturan 25 (1) (e) Peraturan Peraturan Pendaftara­n Negara 1990.

Mengikut fakta kes, pada jam 11.30 pagi, 17 Oktober lalu, tertuduh diperiksa dalam Op Pintu/Kesan/Cantas di sebuah restoran di Tuaran di sini, dan dia menyerahka­n kad pengenalan diri tertera nama Norfazila Nasrani kepada pihak berkuasa.

Siasatan awal hasil semakan kad pengenalan itu melalui sistem Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) mendapati butiran tiada rekod dalam sistem dan maklumat tertera dalam kad pengenalan itu disyaki palsu. Pendakwaan kes dikendalik­an Inspektor Papilus Paulus manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika disoal oleh Cindy, tertuduh memaklumka­n namanya adalah Mariani dan dia menggunaka­n kad pengenalan itu sejak empat tahun lalu dan mendakwa memperoleh­nya di JPN Ranau serta diuruskan seseorang dengan bayaran RM10,000.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi Mariani (kiri) keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
ANGGOTA polis mengiringi Mariani (kiri) keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia