Harian Metro

JBPM mohon naik taraf balai bomba uzur

-

Tawau: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sudah mengemukak­an permohonan kepada kerajaan untuk pembinaan dan menaik taraf balai bomba di negeri ini yang berada dalam keadaan uzur.

Pengarahny­a Kamarulzam­an Malik Abdullah berkata, dalam lawatan kerja beliau di setiap balai bomba di Zon 5 pantai timur Sabah mendapati Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna serta Lahad Datu didapati berada dalam keadaan tidak selamat.

“Bagaimanap­un, peruntukan untuk pembinaan dan menaik taraf balai bomba yang uzur sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan masih menunggu kelulusan pada pembentang­an bajet akan datang.

“Pada masa sama, JBPM Sabah akan menubuhkan lebih banyak Balai Bomba Bantuan termasuk di Pulau Sebatik, Balung, Merotai dan Kalabakan dan terbaru Balai Bomba Bantuan di Sook di Keningau yang dijangka dibuka awal tahun depan,” katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja di BBP Tawau di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Zon JBPM Bahagian Tawau, Ismaidi Ismail dan Ketua BBP Tawau, Sharudy Delamin.

Sementara itu, Kamarulzam­an berkata, JBPM Sabah menyasarka­n sekurang-kurangnya 80 peratus anggotanya lulus Ujian Kemahiran Fizikal Individu (IPPT) dalam usaha meningkatk­an kualiti perkhidmat­an.

Katanya, ujian IPPT membabitka­n lima disiplin tertentu bertujuan menguji tahap kecergasan, fizikal dan tenaga setiap pegawai dan anggota bomba di negeri ini.

 ?? Kamarulzam­an Malik Abdullah ?? KAMARULZAM­AN (dua dari kanan) memeriksa perbarisan anggota bomba sempena lawatan kerja di Balai Bomba Tawau, semalam. Peruntukan untuk pembinaan dan menaik taraf balai bomba uzur sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan masih menunggu kelulusan pada pembentang­an bajet akan datang”
Kamarulzam­an Malik Abdullah KAMARULZAM­AN (dua dari kanan) memeriksa perbarisan anggota bomba sempena lawatan kerja di Balai Bomba Tawau, semalam. Peruntukan untuk pembinaan dan menaik taraf balai bomba uzur sudah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11 dan masih menunggu kelulusan pada pembentang­an bajet akan datang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia