Harian Metro

mula dijual esok

iPhone XS, XS Max, XR, Apple Watch 4 unik

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Apple akan mula menjual tiga iPhone model iPhone XS, XS Max dan XR (disebut iPhone 10S, 10S Max dan 10R) yang mempunyai keunikan warna dengan saiz berbeza selain Apple Watch 4, esok.

iPhone XS dan XS Max dibezakan dengan saiz mempunyai rekaan bucuke-bucu yang minimum dan lasak berdasarka­n ciri IP68 mampu masuk air sedalam dua meter selama 30 minit.

Berdasarka­n warna kelabu dan emas, ia dikuasakan pemprosesa­n baru, A12 Bionic dengan cip 7nm dan 6.9 bilion transistor. Selain itu, ia dilengkapi enam core

CPU dan empat core

GPU yang menyediaka­n prestasi dua kali lebih baik berbanding iPhone terdahulu.

Model iPhone XS bersaiz 5.8 inci manakala iPhone XS Max pula 6.5 inci.

Harga ditawarkan iPhone XS termasuk RM4,999 (64GB), RM5,699 (256GB) dan RM6,649 (512GB).

Sementara itu, iPhone XS Max pula berharga RM5,399 (64GB), RM6,099 (256GB) dan RM7,049 (512GB).

Harga iPhone XR akan dijual pada harga RM3,599 (64GB), RM3,849 (128GB) dan RM4,299 (256GB).

Apple Watch 4 pula berharga RM1,749 (40mm) atau RM1,899 (44mm).

Uniknya, Apple Watch 4 datang dengan antaramuka bersih dan fungsi seakanakan walkie talkie untuk berhubung dengan Apple Watch lain.

iPhone XR datang dengan warna biru, merah, kuning, putih, emas dan hitam.

Uniknya, Malaysia antara negara pertama yang menerima iPhone XR yang datang dengan satu lensa tunggal bagi kamera belakang namun mampu merakam gambar bokeh yang cantik.

 ??  ?? SPESIFIKAS­I
IPHONE XS MAX
HARGA: RM5,399 (64GB), RM6,099 (256GB) dan RM7,049 (512GB)
WARNA: Emas, kelabu, perak BERAT: 208g
PAPARAN: 6.5 inci Super Retina, OLED
CIRI: IP68
PEMPROSESA­N: A12 Bionic KAMERA: 12MP+12MP
KAMERA DEPAN: 7MP
SPESIFIKAS­I IPHONE XS MAX HARGA: RM5,399 (64GB), RM6,099 (256GB) dan RM7,049 (512GB) WARNA: Emas, kelabu, perak BERAT: 208g PAPARAN: 6.5 inci Super Retina, OLED CIRI: IP68 PEMPROSESA­N: A12 Bionic KAMERA: 12MP+12MP KAMERA DEPAN: 7MP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia