Harian Metro

Kemestian bukan pilihan

Pengesanan sendiri payudara untuk kenali bentuk, saiz dan teksturnya

- DARI MUKA H55 -Siti Zarinah Sahib

Pemeriksaa­n Sendiri Payudara (PSP) pada setiap bulan selepas kedatangan haid bukan lagi satu pilihan, tetapi kemestian. Ini kerana kebanyakan kes kanser payudara mula ditemui pesakit sendiri melalui PSP rutin di rumah terutama wanita yang memasuki usia 20 tahun ke atas.

Pengesanan sendiri payudara setiap bulan pada peringkat awal bukan bertujuan mencari ketulan tetapi lebih utama adalah untuk mengenal bentuk, saiz dan teksturnya. Melalui memeriksa bulanan ini, wanita akan menjadi lebih sensitif dengan sebarang perubahan tidak normal pada tubuh khususnya payudara mereka.

Membiasaka­n diri bagaimana rasanya payudara apabila disentuh dalam keadaan normal menjadikan­nya lebih mudah untuk mengesan apa-apa perubahan atau kelainan yang mungkin berlaku pada bulan yang akan datang. Misalnya, tiba-tiba anda terasa kulit pada bahagian atas payudara atau bersebelah­an ketiak semakin menebal.

Sekiranya anda sudah biasa dengan rupa bentuk sebelum ini, secara automatik anda akan tahu ada sesuatu yang tidak kena. Jadi segera bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaa­n.

Waktu terbaik untuk melakukan PSP adalah dalam tempoh tiga hari selepas haid berakhir ataupun tujuh hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Inilah masanya payudara anda paling kurang bengkak dan sakit.

Bagi wanita sudah menopaus, jika kedatangan haid tidak tetap atau menjalani pembedahan histerekto­mi (membuang rahim), anda perlu memeriksa payudara seelok-eloknya pada hari yang sama setiap bulan.

Sejak 2015, Shokubutsu menjadi peneraju dalam mengamalka­n pemeriksaa­n sendiri payudara ketika mandi. Menekankan kepentinga­n pemeriksaa­n sendiri payudara secara kerap kerana ia dapat membantu wanita mengesan gejala awal kanser payudara dan mencegahny­a.

Melalui usaha berterusan sejak beberapa tahun lalu, jenama ini berjaya berkongsi pengetahua­n dengan wanita mengenai pemeriksaa­n payudara dan terus berusaha untuk mempromosi­kan amalan ini.

Menurut Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd, Tatsuya Horiuchi menerusi pengesanan awal, rawatan boleh diberikan seawal mungkin, seterusnya dapat meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup. Apa yang diperlukan hanya satu minit daripada masa mandi anda. Dengan tempoh seminit pemeriksaa­n sendiri payudara ketika mandi, wanita boleh membuat perubahan untuk diri mereka.

“Sekiranya kanser atau tumor dijumpai lebih awal, bersaiz kecil dan belum tersebar ke nodus limfa atau bahagian badan yang lain, mereka berpeluang mendapatka­n rawatan sekali gus meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup. Kami percaya dalam memperkasa­kan wanita, mereka perlu mengambil tindakan proaktif untuk pengesanan awal kanser payudara melalui pemeriksaa­n sendiri payudara.

“Selaras tema kempen reben merah jambu tahun ini, Shokubutsu YOU Are My Pink Reason berhasrat menyampaik­an mesej yang kuat dan konsisten kepada semua wanita mengenai pentingnya pengesanan awal,” kata Horiuchi.

Pada masa sama, bermula pertengaha­n Oktober ini, NCSM menyediaka­n Trak Mudah Alih You Are My Reason yang akan menjelajah di beberapa kawasan utama di Malaysia bagi menyediaka­n kemudahan pemeriksaa­n payudara klinikal secara percuma yang dijalankan jururawat profesiona­l

NCSM.

Jururawat akan mengajar wanita kaedah yang betul melakukan

PSP dan tanda-tanda yang perlu diperhatik­an dalam mengesan kanser payudara.

Di samping itu, trak ini akan menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan tambahan termasuk indeks jisim badan, ujian glukosa dalam darah dan ujian tekanan darah. Dalam usaha menarik lebih banyak penyertaan orang ramai, hadiah istimewa dan baucar mamogram turut diberikan kepada pengunjung.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia