Harian Metro

Caroline hidup misi pertahan gelaran

-

Singapura: Caroline Wozniacki (gambar) menghidupk­an semula peluang untuk mempertaha­nkan gelaran Final WTA dengan mempamerka­n aksi menarik ketika menentang Petra Kvitova kelmarin sekali gus meletakkan kempen juara Wimbledon di Singapura berada dalam keadaan bahaya.

Bangkit daripada kekalahan mengecewak­an ketika menentang Karolina Pliskova, Caroline memadam duka itu dengan menewaskan Petra 7-5, 3-6, 6-2 dalam tempoh dua jam 19 minit.

Petra kini sudah melakar dua kekalahan dalam kedua-dua perlawanan­nya tetapi dia masih bertahan dalam Kumpulan Putih selepas Elina Svitolina menewaskan Karolina Pliskova dalam tiga set permainan.

Elina yang masih belum ditewaskan berada di posisi utama untuk layak ke separuh akhir, hanya memerlukan satu set kemenangan pada perlawanan akhir menentang Caroline,hari ini.

Petra mengadunka­n corak kekuatan dimilikiny­a dengan sentuhan menarik tetapi mudah dipatahkan dengan serangan balas Caroline.

Pemain Denmark itu baharu pulih daripada kecederaan, dengan menyaksika­n dia memerlukan tampalan di lutut kiri pada awal set kedua sebelum menunjukka­n semangat pada set ketiga untuk menewaskan Petra.

“Patella (tempurung lutut) itu, ia menyakitka­n saya,” kata Caroline. “Ia sesuatu yang saya hadapi sebelum ini dan kadangkala saya bergelut dengannya selama bertahun-tahun. (Tampalan) membantu saya hari ini.”

Petra berkata, perlawanan panjang itu membuatnya keletihan.

 ??  ?? CAROLINE ceria selepas mengatasi Petra, kelmarin.
CAROLINE ceria selepas mengatasi Petra, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia