Harian Metro

DREBAR 15 TAHUN REMPUH POLIS

„ Pacuan empat roda masuk longkang selepas dihentam tanah runtuh

- Jalal Ali Abdul Rahim jalal@nstp.com.my

Sebuah kenderaan pacuan empat roda terhumban ke dalam parit akibat dihentam tanah runtuh di Batu 51, Jalan Kuala Kuala Terla, Kampung Raja, di sini, semalam.

Kejadian itu menyebabka­n kedua-dua hala laluan berkenaan terhalang akibat ditimbuni tanah dari tebing yang runtuh.

Setakat lewat petang semalam, tiada kecederaan dilaporkan kerana tiada sesiapa di dalam kenderaan Toyota Hilux yang ditolak runtuhan tanah ke dalam parit di bahu jalan itu.

Difahamkan kenderaan itu diparkir di situ oleh seorang lelaki Orang Asli.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superinten­dan Ashari Abu Samah berkata, anggota Balai Polis Kampung Raja menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumka­n kejadian tanah runtuh dan ada sebuah Totoya Hilux dalam

longkang di bahu jalan berkenaan pada jam 5 petang.

Katanya, kejadian itu kemudian dimaklumka­n kepada bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Roadcare.

“Makluman awal mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Ada sebuah kenderaan Hilux diletakkan di tepi jalan oleh pemandu lelaki Orang Asli berusia 30 tahun masuk ke dalam longkang akibat ditolak tanah runtuh.

“Ketika kejadian lelaki itu tiada di dalam kenderaan,” katanya di sini, semalam.

Ashari berkata, setakat ini jalan utama dari Kampung Raja ke Cameron Highlands tidak boleh dilalui akibat timbunan tanah kira-kira 30 meter yang menutupi jalan.

“Kerja pengalihan tanah runtuh dijalankan JKR dan Roadcare.

“Bomba berada di tempat kejadian bagi membantu kejadian tidak diingini,” katanya.

Sehingga jam 7.45 malam, laluan itu masih ditutup.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands berkata, anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati runtuhan tanah menutupi kedua-dua arah laluan jalan dan sebuah kenderaan terbabas namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Komander Operasi melaporkan masih ada pergerakan tanah berlaku,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN jalan utama ke Cameron Highlands dari Kampung Raja yang mengalami runtuhan
tanah.
KEADAAN jalan utama ke Cameron Highlands dari Kampung Raja yang mengalami runtuhan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia