Harian Metro

BARAH ELYANA MEREBAK

-

Hulu Klang: Kemelut rumah tangga antara penyanyi Deja Moss dengan suaminya, Azfendy Azzuddin akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Azfendy, 39, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Noranizan Mohd Sufian selepas mahkamah membenarka­n permohonan cerai difailkan plaintif (Azfendy) untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang difailkan pada 5 Mac lalu.

Noranizan kemudian mensabitka­n perceraian talak satu dan memerintah­kan Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Mos, 45, (defendan) menjalani tempoh edah selama tiga bulan mendaftark­an perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur serta sijil nikah dibatalkan.

Pada prosiding itu, Deja hadir memakai jubah dan bertudung hitam manakala Azfendy mengenakan kemeja biru serta berseluar hitam.

Pada tarikh sebutan lalu, Jawatankua­sa Pendamai (JKP) dilantik pasangan itu melaporkan gagal mendamaika­n pihak berkaitan.

Sementara itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, penyanyi lagu Asmara Ini berkata, dia bersyukur segalanya berakhir dengan lancar.

“Alhamdulil­lah, lafaz tadi berjalan lancar. Doakan yang baik-baik untuk saya bagi mengharung­i kehidupan baru dan bergelar

katanya.

Peguam Halimatuns­a’diah Abu Ahmad yang mewakili Deja pula memaklumka­n anak guamnya memfailkan permohonan untuk menuntut nafkah tertunggak terhadap Azfendy pada awal bulan ini.

“Tuntutan itu bagi nafkah tertunggak sejak awal perkahwina­n mereka.

“Mahkamah menetapkan 1 November depan untuk pihak berkaitan menjalani proses sulh (perbincang­an) di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur,” katanya yang tidak mendedahka­n jumlah nafkah tertunggak dituntut.

Media sebelum ini melaporkan, Deja memberitah­u suaminya keluar dari rumah pada 27 September 2017 dan sejak itu, mereka tidak lagi berhubung.

Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniaka­n anak.

 ??  ??
 ??  ?? DEJA Moss berbincang dengan Halimatuns­a’diah (dua dari kanan) di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
AZFENDY
DEJA Moss berbincang dengan Halimatuns­a’diah (dua dari kanan) di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. AZFENDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia