Harian Metro

NAJIB DIDAKWA LAGI HARI INI SPRM GELEDAH RUMAH IRWAN HASANAH DITUDUH SONGLAP RM49.9JUTA

-

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid Abdullah dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan pecah amanah hari ini.

Perkara itu disahkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi satu kenyataan media, semalam.

Katanya, SPRM sudah mendapat izin Pejabat Peguam Negara untuk menuduh Najib, Irwan Serigar dan Hasanah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Kedua-duanya (Najib dan Irwan Siregar) akan dituduh bersama berhubung siasatan beberapa kes pecah amanah yang dilakukan oleh mereka membabitka­n wang milik kerajaan.

“Najib dan Irwan Serigar akan hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 25 Oktober (hari ini) jam 7.30 pagi untuk proses pertuduhan,” katanya.

Kenyataan itu juga memaklumka­n, SPRM turut mendapat izin untuk menuduh Hasanah kerana pecah amanah di mahkamah sama, hari ini.

Difahamkan, Najib dan Irwan Siregar bakal berdepan enam pertuduhan membabitka­n nilai lebih RM6 bilion.

Terdahulu, Najib dan Irwan Siregar hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam, bagi melengkapk­an proses akhir siasatan dan pendakwaan itu.

Najib, 65, dan Irwan Siregar, 61, masing-masing tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 1.53 tengah hari dan jam 3.25 petang dengan menaiki kenderaan persendiri­an.

Kenderaan jenis Audi Q7 membawa Najib tiba di perkaranga­n lobi Ibu Pejabat SPRM jam 1.53 tengah hari selepas beliau diperintah­kan hadir pada jam 2 petang.

Sementara itu, Irwan Siregar pula tiba jam 3.25 petang dengan menaiki Perodua Myvi hitam.

Kedua-duanya dipanggil untuk disoal siasat berhubung siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan syarikat pelaburan Abu Dhabi iaitu Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC).

Najib kemudian dilihat meninggalk­an Ibu Pejabat SPRM tepat jam 5 petang dengan menaiki Proton Perdana berwarna hitam.

Hasanah pula tidak dipanggil ke SPRM semalam, sebaliknya akan terus dituduh di mahkamah hari ini.

Hasanah, 61, sebelum ini disoal siasat SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) membabitka­n nilai mencecah RM49.5 juta (AS$12 juta).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAJIB tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.
NAJIB tiba di Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia