Harian Metro

BEGUK GUGAT SPM

„ Lebih 1,000 pelajar SMAP Kajang, SBPI Gombak diarah pulang 18 hari menjelang SPM

- Siti Salmiah A Hamid, Suraya Roslan dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Pelajar tingkatan lima di dua sekolah berasrama di Lembah Klang berdepan cabaran getir menjelang peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula 18 hari saja lagi apabila sekolah mereka terpaksa ditutup selama dua minggu berikutan penularan penyakit beguk dalam kalangan sebahagian guru dan pelajar sekolah berkenaan.

Hanya berbaki 18 hari menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), calon peperiksaa­n itu di dua sekolah berasrama penuh diduga apabila terpaksa mencari alternatif lain bagi mengulang kaji pelajaran selepas mereka diarahkan pulang ke rumah masing-masing akibat wabak beguk.

Mengikut maklumat yang diterima, lebih 1,000 pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutua­n (SMAP) Kajang dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak diarah pulang ke rumah masing-masing selepas sekolah diarah tutup dua minggu sehingga 9 November ini akibat pelajar dan guru dijangkiti penyakit itu.

Arahan penutupan sekolah berkenaan dibuat Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pemeriksaa­n dan notis selepas kejadian beberapa pelajar mengalami simptom penyakit berkenaan.

Difahamkan, kakitangan KKM yang hadir sekolah itu melakukan semburan di longkang dan kantin bagi membasmi virus.

Sehingga kini, tiada notis lanjutan mengenai perkara terbabit, malah Persatuan Guru dan Ibu Bapa (PIBG) di dua sekolah berkenaan mengambil sikap berdiam diri mengenai perkara terbabit dan enggan memberikan maklumat lanjut kepada pihak luar.

Berikutan penutupan sekolah itu, semula pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki SPM mengambil inisiatif dengan mengulang kaji pelajaran sendiri selain menghadiri kelas tuisyen yang dibiayai oleh ibu bapa.

Seorang bapa kepada pelajar tingkatan lima SMAP Kajang yang dikenali sebagai Fauzi, 40-an berkata, walaupun diuji dengan masalah terbabit namun anaknya sentiasa berfikiran positif dan melipat ganda usaha bagi menghadapi SPM.

Katanya, guru di sekolah turut menyediaka­n bahan dan contoh soalan peperiksaa­n serta sentiasa berhubung dengan pelajar jika menghadapi masalah dengan pelajaran.

“Pihak sekolah tidak mengambil sikap lepas tangan kerana mereka begitu proaktif dengan memastikan pelajar yang pulang ke rumah mengulang kaji pelajaran sebagai persiapan menjelang SPM.

“Saya tidak mengetahui banyak perkara mengenai wabak beguk ini dan hanya dimaklumka­n oleh anak supaya mengambiln­ya di asrama hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi di sini.

Seorang lagi bapa, Mohd Zaini Ali, 43, berkata, dia hanya mengetahui mengenai wabak penyakit beguk itu selepas dihubungi anak keduanya yang menuntut di tingkat empat yang meminta mengambiln­ya dari asrama.

“Saya terkejut mengetahui sekolah ditutup selama dua minggu selepas wabak beguk ‘menyerang’ sekolah.

“Bagaimanap­un, saya tidak mengetahui berapa ramai yang terkena penyakit itu dan difahamkan ada seorang guru pun terkena jangkitan sama,” katanya yang juga seorang ejen insurans.

Menurutnya, ramai ibu bapa yang mempersoal­kan tindakan sekolah yang lambat bertindak dan memaklumka­n kepada ibu bapa sehingga ramai pelajar terkena jangkitan berkenaan.

“Anak saya sedang mengambil peperiksaa­n ketika ini, tetapi berikutan sekolah tutup, peperiksaa­n ditangguh 9 November,” katanya.

Sementara itu Ketua Komunikasi Korporat KKM Dr G Manimaran ketika dihubungi mengesahka­n penutupan dua sekolah terbabit.

 ??  ??
 ??  ?? KENDERAAN Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di depan SMAP Kajang yang ditutup lebih dua minggu berikutan serangan wabak beguk.
KENDERAAN Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di depan SMAP Kajang yang ditutup lebih dua minggu berikutan serangan wabak beguk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia