Harian Metro

NAJIB, IRWAN DITUDUH PECAH AMANAH RM6.6 BILION

- Ahmad Johari Mohd Ali, Sarah Zulkifli, Farah Marshita Abdul Patah, Nor Azura Abdul Jalil, Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

„ Najib, Dr Irwan tidak mengaku terbabit kes pecah amanah wang milik kerajaan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap enam pertuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Najib, 65, dan Irwan Serigar, 61, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas semua tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim, Azman Ahmad.

Najib selaku tertuduh pertama dan Irwan Serigar tertuduh kedua hanya mengangguk ketika ditanya sama ada memahami tuduhan dan memohon dibicaraka­n apabila diminta pengakuan.

Najib yang memasuki mahkamah pada jam 9.15 pagi sempat melemparka­n senyuman kepada orang ramai di galeri awam diikuti Irwan Serigar sebelum kedua-duanya memasuki kandang tertuduh.

Mereka juga dilihat berbual dalam kandang tertuduh.

Bagi tuduhan pertama dan kedua, Najib dan Irwan Serigar didakwa bersama atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Kementeria­n Kewangan, diamanahka­n dengan penguasaan ke atas harta iaitu berjumlah RM1.2 bilion dan RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, melakukan pecah amanah ke atas harta berkenaan.

Bagi tuduhan ketiga pula, mereka didakwa diamanahka­n dengan penguasaan ke atas harta berjumlah RM220 juta iaitu peruntukan di bawah ‘Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmat­an Am Perbendaha­raan, Aktiviti 021700 KL Internatio­nal Airport Berhad (KLIAB)’, milik Kerajaan Malaysia.

Tuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa diamanahka­n dengan penguasaan harta berjumlah RM1.3 bilion iaitu peruntukan di bawah ‘Maksud B11 Perkhidmat­an Am Perbendaha­raan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai’, milik kerajaan.

Tuduhan kelima dan keenam pula membabitka­n penguasaan mereka didakwa ke atas harta berjumlah CNY1,950,000,000.00 (bernilai RM1.26 bilion dan RM2 bilion milik kerajaan.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas semua harta berkenaan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementeria­n Kewangan Malaysia, dalam Wilayah Persekutua­n Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Bagi semua tuduhan itu, Najib dan Irwan Serigar menghadapi tuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Bagi setiap tuduhan, masing-masing boleh dihukum maksimum penjara 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Azman membenarka­n kedua-dua tertuduh diikat jamin RM1 juta setiap seorang dengan dua penjamin.

Beliau turut memerintah­kan supaya pasport antarabang­sa dan pasport diplomatik (jika ada) tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mereka turut dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah memerintah­kan Najib dan Irwan Serigar membayar RM500,000 semalam dan bakinya dibayar dalam tempoh 10 hari bermula semalam.

Tarikh 29 November ini ditetapkan sebagai sebutan semula kes.

 ??  ?? LAKARAN artis mengenai suasana dalam mahkamah, semalam.
NAJIB
LAKARAN artis mengenai suasana dalam mahkamah, semalam. NAJIB
 ??  ?? DR Irwan diiringi pegawai SPRM di pekarangan mahkamah, semalam.
DR Irwan diiringi pegawai SPRM di pekarangan mahkamah, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia