Harian Metro

PDRM BAWA BALIK BALU MILITAN DAISH

Aisyah terpaksa utama kebajikan anak walaupun dilarang arwah suami

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

‘Terus tinggal di Syria dan jangan pulang ke Malaysia’. Itu wasiat ‘tidak masuk akal’ seorang ahli kumpulan militan Daish yang terkorban dalam pertempura­n kepada isteri yang menemaniny­a ke wilayah bergolak itu.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Aisyah berusia 31 tahun berkata, suaminya yang juga rakyat Malaysia terkorban dalam satu pertempura­n, Februari lalu dan Allahyarha­m meninggalk­an pesanan supaya dia serta dua anaknya tidak kembali ke Malaysia.

Terdahulu, Aisyah dan dua anaknya selamat tiba di negara ini pada 6 Oktober lalu selepas diselamatk­an Bahagian Counter Terrorisme Cawangan Khas (E8) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Organisasi Perisikan Kebangsaan (MIT) Turki.

“Suami meninggalk­an wasiat iaitu melarang pulang ke Malaysia jika terjadi apa-apa kepadanya dan terus tinggal di Syria serta kekal dalam perjuangan.

“Apa yang saya lakukan ini (kembali ke Malaysia) demi anak-anak. Suasana di Syria tidak sesuai untuk mereka membesar,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.

Aisyah percaya arwah suaminya terdorong menyertai Daish akibat terpengaru­h dengan anggota kanan kumpulan militan Muhammad Wanndy Mohd Jedi yang sudah terkorban.

Katanya, suaminya kerap berhubung dengan rakyat Malaysia menyertai Daish menggunaka­n laman sosial termasuk Facebook.

Menceritak­an semula pengalaman­nya, wanita itu berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui niat suaminya mahu berjuang di Syria bersama Daish.

“Suami ajak saya dan anak bercuti di Istanbul, Turki, tapi saya minta dia tangguhkan kerana ketika itu mengandung­kan anak kedua. Usia kandungan ketika itu tujuh bulan, jadi saya minta tunggu sampai bersalin.

“Tapi, tanpa pengetahua­n saya arwah beli tiket pe- nerbangan pergi dan balik dan kami tiga beranak terbang ke Istanbul pada Mac 2016.

“Di Istanbul kami menginap di sebuah hotel lima hari dan kemudian suami bawa saya dan anak ke rumah sewa. Selepas itu baru saya tahu tujuan dan niat sebenar arwah mengajak kami bercuti di Istanbul,” katanya.

Wanita itu berkata, pada Mei tahun sama, dia selamat melahirkan anak keduanya dan hidup berpindah-randah selama setahun di Turki berikutan kesukaran menyusup masuk ke Syria.

Menurutnya, pada Mac 2017 arwah suami membawanya dan dua anak mereka ke kawasan sempadan Turki selepas menerima arahan masuk ke Syria.

Jelasnya, ketika itu mereka disertai sekumpulan wanita yang turut membawa kanak-kanak.

“Kami meredah hutan dan ketika itu individu membawa kami ahli sindiket penyeludup­an diupah Daish. Tapi penunjuk arah itu menghilang­kan diri, bedak itu kami kena cari sendiri jalan untuk ke sempadan Syria.

“Kami tiba di sebuah kampung di Idlib. Apa yang saya ingat di kampung itu ramai rakyat Indonesia manakala yang berasal dari Malaysia hanya kami saja.

“Arwah suami meninggalk­an saya dan anak di rumah dan dia diarah menyertai pertempura­n,” katanya.

Ketika ditanya sama ada pernah menyaksika­n pembunuhan kejam seperti tersebar dalam video, Aisyah berkata, perkara itu diluar pengetahua­nnya kerana kawasan dihuni bukan wilayah dikuasai Daish.

Dia mengakui kerap mendengar bunyi letupan dipercayai bom, selain pernah menyaksika­n sendiri arwah suaminya membuka dan memasang semula komponen senjata api.

“Memang saya sedih tatkala mendengar berita pemergian suami. Bermula dari detik itu, apa yang utama anak-anak dan saya mengambil keputusan menghubung­i keluarga dan menyatakan hasrat mahu pulang ke Malaysia.

“Hidup di Syria memang susah, bekalan makanan tirikutan cukup, suami pula sudah tiada. Saya nasihatkan kepada rakyat Malaysia atau sesiapa saja di luar sana jangan terpengaru­h, segera bertaubat dan tinggalkan perjuangan militan itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia