Harian Metro

MAUT DIGILIS VAN SEKOLAH

„ Keluarga ratapi pemergian cucu dijaga sejak usia sebulan

- Mohd Sabran Md Sani sab@nstp.com.my Johor Bahru

Tragedi menimpa Janiss Yeoh Zi Xuan yang maut selepas digilis van sekolah dinaikinya di Taman Tun Aminah, di sini, kelmarin sangat diratapi keluargany­a.

Kehilangan mendiang dalam sekelip mata sangat dirasai nenek kanak-kanak berusia lima tahun itu kerana menjaganya sejak usianya sebulan.

Ahli keluarga kanak-kanak itu yang enggan dikenali berkata, pemergian mendiang bukan saja diratapi ibu bapanya, malah nenek kanak-kanak itu yang berusia 70-an.

“Dia (nenek) menjaga mendiang sejak berusia sebulan dan sangat sedih dengan kejadian menimpa cucunya itu,” katanya pada majlis pembakaran mayat di sini, semalam.

Terdahulu mayat mendiang yang disimpan di Nirvana Memorial Park Skudai selepas bedah siasat selesai, kelmarin dibawa ke Chinese Memorial Park Tiong Hua di sini, jam 10.30 pagi.

Suasana hiba menyelubun­gi kawasan pembakaran berkenaan apabila ibu kanak-kanak itu tidak dapat menahan perasaan hiba dengan kehilangan anaknya.

Ketika ditanya lanjut mengenai kejadian itu, ahli keluarga berkenaan memaklumka­n kejadian itu jarang dilakukan pemandu van terbabit.

“Biasanya pemandu van dikatakan menunggu hingga mendiang masuk ke dalam rumah neneknya dan baru bergerak.

“Bagaimanap­un, ketika kejadian berlaku sebaliknya apabila pemandu van tidak berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, nenek kepada mendiang juga kerap kali mengadu supaya kenderaan membawa cucunya perlu menghadap ke pintu rumah.

“Pesan neneknya, pintu keluar van mesti menghadap ke pintu rumah dan jangan bagi lalu depan van,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga menghadiri majlis pembakaran mayat mendiang Zi Xuan (gambar kecil) yang maut selepas digilis van sekolah dinaikinya di Taman Tun Aminah.
AHLI keluarga menghadiri majlis pembakaran mayat mendiang Zi Xuan (gambar kecil) yang maut selepas digilis van sekolah dinaikinya di Taman Tun Aminah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia