Harian Metro

Agih tiket bidang kuasa persatuan negeri

-

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan cara pengagihan dan kaedah penjualan tiket final Piala Malaysia terletak di bawah bidang kuasa persatuan negeri yang menerima peruntukan tiket berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata, pihaknya mengagihka­n semua 30,000 tiket masing masing untuk Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dan terpulang kepada badan induk berkenaan untuk membuat pengagihan dan menjualnya mengikut cara sendiri.

“Pengagihan (jualan) tiket kepada penyokong terletak di bawah bidang kuasa persatuan, tetapi kami tetap memantau kaedah jualan dilakukan.

“Persatuan negeri ada cara tersendiri melakukan pengagihan kerana mungkin ada yang dijual mengikut daerah atau apa saja cara dirasakan sesuai.

“Apa yang mustahak, semua 30,000 tiket yang diperuntuk­kan itu sampai kepada penyokong kedua-dua pasukan dan mereka yang mendapat tiket boleh memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing pada aksi final Sabtu ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Persatuan negeri ada cara tersendiri melakukan pengagihan”

Kevin Ramalingam

Beliau mengulas mengenai kekecewaan penyokong yang gagal mendapatka­n tiket final Piala Malaysia antara Terengganu dan Perak.

Pada sesi jualan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, hanya 2,000 tiket dijual di kaunter, sekali gus menimbulka­n rasa tidak puas hati penyokong memandangk­an persatuan mendapat peruntukan 30,000 tiket.

Malah, permintaan hangat menyaksika­n sebanyak 3,500 tiket yang diperuntuk­kan untuk jualan di Stadium Perak habis terjual dalam tempoh 40 minit.

 ??  ?? GELAGAT penyokong TFC berasak bagi mendapatka­n tiket.
GELAGAT penyokong TFC berasak bagi mendapatka­n tiket.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia