Harian Metro

Nafi berkait kepentinga­n politik

-

Kuala Nerus: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menafikan dakwaan pengagihan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia berkait dengan kepentinga­n politik.

Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddi­n Abdul Karim berkata, pihaknya akan membuat bedah siasat mengenai isu pengagihan tiket perlawanan itu yang mengundang kemarahan penyokong Terengganu FC (TFC).

Beliau berkata, PBSNT menerima 30,000 tiket daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pengagihan dibuat ke setiap daerah menerusi persatuan dan kelab bola sepak masing-masing.

Katanya, pengagihan juga dibuat kepada kelab penyokong, akademi sukan dan syarikat bukan kerajaan (GLC), selain TFC sendiri yang semua 28,000 dan baki 2,000 keping dijual di kaunter tiket Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSIN).

“Kami bersikap telus dan memaklumka­n lebih awal hanya 2,000 tiket dijual di kaunter dengan harapan sebilangan besar penyokong memperoleh tiket yang dijual persatuan dan kelab bola sepak di daerah masing-masing.

“Kami tidak tahu bagaimana kaedah kelab penyokong mengagihka­n tiket berkenaan sama ada dibuat secara telus atau sebaliknya,” katanya kepada media di Lapangan Terbang Sultan Mahmud selepas mengiringi pasukan TFC yang berlepas ke Kuala Lumpur, semalam.

Hishamuddi­n yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh berkata, pihaknya akan mengkaji semula kaedah penjualan tiket pada masa depan dan kesal apabila ada penyokong memperoleh tiket lebih awal sebelum ia dijual, pagi semalam.

“Saya tidak mahu menyalahka­n mana-mana pihak dan sudah mengarahka­n jawatankua­sa pengurusan tiket membuat laporan lengkap berhubung penjualan dan pengagihan. Sekiranya terdapat unsur tidak telus, tidak mustahil kita akan membabitka­n pihak berkuasa bagi menjalanka­n siasatan,” katanya.

 ??  ?? HISHAMUDDI­N
HISHAMUDDI­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia