Harian Metro

Timbalan Pendakwa Raya bakal putus pendakwaan

-

Johor Bahru: Polis menyerahka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk memutuskan mengenai kes kematian kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang maut selepas digilis van sekolah dinaikinya di Taman Tun Aminah, dekat sini, tengah hari, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, siasatan mengenai kes terbabit dianggap selesai selepas mengambil keterangan pemandu van itu.

“Kes kemalangan maut membabitka­n kanak-kanak perempuan terbabit sudah selesai dan kami menyerahka­n kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk memutuskan pendakwaan atau sebagainya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, pemandu van itu yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis, petang Selasa lalu.

“Rakaman percakapan terhadap waris si mati juga dilakukan dan polis turut melawat lokasi kemalangan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kenderaan digunakan dalam kes itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) untuk pemeriksaa­n.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Janiss Yeoh Zi Xuan maut selepas digilis van sekolah yang dinaikinya di Taman Tun Aminah, dekat sini.

Kemalangan berlaku apabila van dipandu seorang wanita itu melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van berkenaan selepas turun daripada van terbabit untuk ke rumah neneknya.

Terdahulu, video selama 1 minit dan 37 saat menunjukka­n kanak-kanak itu dilanggar van berkenaan yang tular di media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen.

 ??  ?? MOHD Taib
MOHD Taib

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia