Harian Metro

Kumpulan pertama diselamat PDRM

-

Kuala Lumpur: Wanita berusia 31 tahun bersama dua anaknya yang terkandas di Syria menjadi kumpulan pertama rakyat Malaysia diselamatk­an Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, terdahulu, wanita berkenaan berusia 31 tahun mengikut suaminya ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Daish.

Beliau berkata, wanita itu dan dua anak berdepan kesukaran pulang ke Malaysia selepas suami terkorban dalam pertempura­n akibat ketiadaan dokumen pengenalan diri, selain ancaman militan itu sendiri.

Mohamad Fuzi berkata, kejayaan itu hasil kerjasama erat Bahagian Counter Terrorisme Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Kedutaan Malaysia di Turki dan Organisasi Perisikan Kebangsaan (MIT) Turki.

Menurutnya, wanita yang dikenali sebagai Aisyah itu menghubung­i keluargany­a di Terengganu sebelum perkara itu dimaklumka­n kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

“Suami kepada wanita ini terkorban dalam satu pertempura­n pada Februari lalu dan kehidupan mereka susah selepas ketiadaan suaminya. “Selepas mendapat

maklumat, PDRM dengan kerjasama beberapa pihak membuat perancanga­n teliti dan Alhamdulil­lah, wanita ini bersama dua anaknya berjaya diselamatk­an.

“Proses menyelamat bukan mudah kerana mereka berada di wilayah bergolak dan wujud ancaman tertentu. Namun hasil bantuan semua, PDRM berjaya melaksanak­annya,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, semalam.

Mengulas lanjut berhubung rakyat Malaysia yang berada di wilayah bergolak di luar negara, beliau berkata, bagi tempoh 2013 hingga Oktober tahun ini, 102 rakyat tempatan dipercayai berada di Syria atau Iraq.

“Daripada jumlah itu, 37 terkorban manakala 11 lagi pulang pada 2015 dan selebihnya masih ada di negara itu.

“Kami juga dalam proses untuk menyelamat­kan empat lagi rakyat Malaysia dan operasi berkenaan sedang dilaksanak­an.

“Saya ingin memaklumka­n sesiapa saja boleh menghubung­i bilik gerakan di talian 03-22663333 atau 03-22663444 jika masih ada yang berhasrat pulang ke Malaysia. Kami akan cuba uruskan dengan kerjasama pihak tertentu,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi
MOHAMAD Fuzi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia