Harian Metro

Pecah amanah RM50.4 juta

- Sarah Zulkifli sarah@nstp.com.my

Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta.

Hasanah, 61, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di depan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan.

Hasanah didakwa melakukan perbuatan itu antara 30 April lalu dan 9 Mei lalu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidik­an Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan

serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya memohon tertuduh dikenakan

ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.

Bagaimanap­un, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah memohon jaminan RM300,000 atas alasan anak guamnya sudah berusia dan lemah secara fizikal serta tidak dapat bergerak seperti orang lain yang sihat.

“Selepas keterangan­nya diambil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hasanah dilepaskan pada 3 September lalu, namun beliau tidak melarikan diri dan tetap berada di Kuala Lumpur serta Selangor.

“Sedikit latar belakang, tertuduh adalah bekas ketua pengarah risikan yang peranannya sama seperti cawangan khas dan tentera.

“Sekian lama kita mengecapi keamanan adalah daripada tugas risik rasmi dilakukan anak guam dan salah satu tugas beliau mengenal pasti dan memburu musuh negara yang mahu menghancur­kan negara sama ada dalaman atau luaran,” katanya.

Menurutnya, kini Hasanah sudah bersara dan menerima pencen sekitar RM10,000 sebulan selain akaun bank beliau juga dibekukan SPRM.

Dalam pada itu, Shaharudin turut memaklumka­n mahkamah kes membabitka­n anak guamnya tiada kena mengena dengan kes yang baru didengari hakim (pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah).

“Apa yang tuan hakim dengar tadi (semalam), tiada kena mengena dengan

„ Bekas Ketua Pengarah MEIO nafi bersalah

1MDB atau syarikat berkaitan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Bahrin Omar kemudian berhujah, jumlah jaminan yang dicadangka­n pihak pendakwaan adalah munasabah bagi kes itu membabitka­n AS$12.1 juta bersamaan lebih kurang RM50 juta walaupun hanya satu pertuduhan,” katanya.

“Selain itu, isu yang mana tertuduh tidak boleh melarikan diri kerana beliau disenarai hitam keluar dari negara ini serta jumlah yang tinggi juga kerana beliau pernah memegang jawatan ketua pengarah perisikan dan begitulah jumlah sepatutnya lebih tinggi berbanding orang awam,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarka­n Hasanah diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Selain itu, mahkamah menetapkan 29 November ini sebagai sebutan semula kes.

Dalam prosiding itu juga, Shaharudin memohon kes dihadapi Hasanah dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Pada 28 Ogos lalu, Hasanah ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewen­gan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Keesokanny­a, beliau direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgu­naan kuasa dan penyelewen­gan dana berkenaan.

 ??  ?? HASANAH keluar dari Mahkamah Sesyen.
HASANAH keluar dari Mahkamah Sesyen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia