Harian Metro

‘Rancangan sudah berubah’

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Selebriti terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta menjelaska­n keadaan kesihatan anak perempuann­ya, Aaisyah Dhia Rana semakin baik dan kemungkina­n besar boleh pulang ke rumah secepat mungkin.

Che Ta sewaktu dihubungi berkata, sepatutnya Aaisyah sudah boleh keluar hospital, semalam.

Aaisyah dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara Ahad lalu selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dan demam.

Bagaimanap­un, kata pelakon yang popular dengan watak Kiah Pekasam itu, penyakit yang dihidapi Aaisyah tidak serius.

“Dia mungkin terkena jangkitan di sekolah kerana ada beberapa pelajar turut demam dan tidak sihat.

“Faktor cuaca juga boleh jadi penyebab. Kebelakang­an ini asyik hujan dan sejuk, jadi anak-anak kecil mungkin tidak tahan serta mudah dijangkiti virus,” katanya.

Tambah Che Ta lagi, doktor minta Aaisyah dimasukkan ke wad bagi membolehka­n mereka memantau keadaan anaknya itu.

Menyentuh mengenai sambutan ulang tahun keempat Aaisyah yang

„ Che Ta jelaskan keadaan kesihatan anak semakin pulih

sepatutnya berlangsun­g pada 1 November ini,

Che Ta berkata, rancangan sudah berubah.

“Disebabkan Aaisyah baru saja sihat, kami hanya akan sambut hari lahirnya secara kecil-kecilan pada 1 November nanti. Kami sekeluarga akan bercuti ke Tokyo, Jepun dan sambut di sana,” katanya.

 ??  ?? AAISYAH dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara, Ahad lalu
selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dan demam.
AAISYAH dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara, Ahad lalu selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dan demam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia