Harian Metro

Karyawan janji bantu ringan beban dihadapi penggiat seni

-

kos perubatan Pian Cecupak yang sebelum ini dirawat di Wad Pemulihan Jantung

(CRW) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami serangan jantung.

“Karyawan ada peruntukan daripada Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang diwujudkan oleh kerajaan. Pian atau keluargany­a perlu mengisi borang yang disediakan.

“Apabila semuanya sudah lengkap, kami akan hantar ke Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan selepas itu barulah pembayaran dapat dibuat.

“Kementeria­n ada dana yang diwujudkan sejak 2009 tapi ketika itu tidak dimaklumka­n kepada Karyawan. Apabila diberi kebenaran, Karyawan dapat memanfaatk­an dana itu bagi membantu penggiat seni yang berdepan masalah seperti sakit yang serius,” katanya.

Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman, 48, memerlukan kos sekitar RM30,000 sehingga RM35,000 untuk rawatan segera di Institut Jantung Negara (IJN) kerana kemampuann­ya untuk bernafas secara semula jadi hanya sekitar 20 peratus.

Freddie berkata, Karyawan perlu melihat kemampuan dana untuk menyalurka­n sumbangan yang berjumlah besar.

“Ia terpulang kepada kementeria­n kerana kewangan dana sudah berkuranga­n. Kami berharap kerajaan dapat menambah lagi jumlahnya kerana mereka memperuntu­kkan sebanyak RM3 juta pada 2009.

“Ia sudah disalurkan kepada ramai penggiat seni termasukla­h pelakon, penyanyi, penggiat teater dan ramai lagi,” katanya.

 ?? Freddie Fernandez ?? Karyawan ada peruntukan daripada Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang diwujudkan oleh kerajaan. Pian atau keluargany­a perlu mengisi borang yang disediakan”
Freddie Fernandez Karyawan ada peruntukan daripada Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang diwujudkan oleh kerajaan. Pian atau keluargany­a perlu mengisi borang yang disediakan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia