Harian Metro

Air mata ibu tanda syukur

- Suraya Roslan

suraya@nstp.com.my

Hanya linangan air mata dibalas wanita ini sebagai tanda terima kasih atas kunjungan dan sumbangan disampaika­n menerusi Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM), semalam.

Pada mulanya, rombongan TKHM sepatutnya ke rumah ibu anak empat, Samiah Rashid, 41, di Kampung Kuala Kujan di sini, untuk menyampaik­an sumbangan.

Namun rombongan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh selepas dimaklumka­n wanita itu dimasukkan ke wad akibat masalah kegagalan buah pinggang.

Rombongan diketuai Pengarang Eksekutif, Projek Khas NSTP, Othman Mamat bersama Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi dan ahli Kelab MTB Semantan melawat ibu kepada empat anak itu di wad sebelum ke rumahnya untuk menghantar barangan keperluan.

Samiah berkata, dia dimasukkan ke wad kelmarin untuk menjalani dialisis selepas kedua-dua buah pinggangny­a disahkan mengalami kerosakan, awal bulan lalu.

“Terima kasih kepada Titipan Kasih Harian

Metro yang menziarahi saya dan menyampaik­an sumbangan yang begitu bermakna buat empat anak saya.

“Terus terang saya katakan, saya hidup susah hingga ada anak tidak ke sekolah berikutan tiada wang belanja,” katanya ketika ditemui di HOSHAS, semalam.

Menurutnya, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan dan bergantung sepenuhnya dengan wang itu untuk kelangsung­an hidup.

“Dengan wang itulah kami hidup lima beranak hingga pernah tidak makan dan mengharapk­an ihsan adik-beradik,” katanya.

Anak sulung wanita itu, Wan Nabihah Wan Mohd Rifin, 18, berkata, sejak awal Januari ibunya dimasukkan ke wad tiga kali seminggu untuk menjalani rawatan dialisis.

Berikutan itu Wan Nabihah, mengambil tanggungja­wab menjaga tiga adik lain iaitu Wan Nadia Sapura, 15, Wan Mohd Haikal, 13, dan Wan Sharifah Sufia berusia tujuh tahun.

“Buat masa ini saya tidak boleh melanjutka­n pelajaran atau bekerja kerana tidak ada orang menjaga adik di rumah.

“Syukur dan terima kasih atas sumbangan ini yang memang cukup bermakna buat kami terutama adik yang sudah lama tidak menjamah makanan enak,” katanya.

Sementara itu, Othman berkata, sumbangan disampaika­n berbentuk barangan keperluan seperti beras, minyak dan makanan lain untuk bekalan sebulan bernilai RM500 selain wang tunai RM500.

TKHM adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Harian Metro yang dilaksanak­an sejak 11 tahun lalu.

Setakat ini, lebih 1,000 keluarga miskin, murid dan pelajar yatim serta kurang berkemampu­an menerima sumbangan menerusi TKHM.

„ Rombongan Titipan Kasih Harian Metro sampaikan bantuan di hospital

 ??  ?? OTHMAN (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Samiah di HOSHAS, Temerloh, semalam.
OTHMAN (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Samiah di HOSHAS, Temerloh, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia