Harian Metro

Rundingan damai rumit

-

„ Isu selatan Thailand perlu masa untuk diselesaik­an

Proses rundingan damai selatan Thailand memerlukan masa untuk diselesaik­an berikutan isu kompleks yang membabitka­n pelbagai pihak.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isu yang dihadapi menyukarka­n tempoh khusus rundingan damai ditetapkan dalam mencari penyelesai­an.

“Thailand pernah membantu Malaysia ketika kita berdepan keganasan. Sekarang, kita berpeluang menghulurk­an bantuan kepada Thailand dalam menyelesai­kan masalah di selatan negara itu.

“Kita tidak suka keganasan kerana ia menjejaska­n kehidupan rakyat Thailand dan Malaysia. Kita harap dapat membantu Thailand menyelesai­kan isu ini,” katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan kerja rasmi dua hari ke negara itu, semalam.

Thailand melantik Malaysia sebagai fasilitato­r rundingan damai antara kerajaan negara itu dengan kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Keganasan yang berlarutan sejak beberapa dekad lalu mengorbank­an lebih 7,000 nyawa sehingga kini.

Mengenai langkah Malaysia seterusnya dalam proses damai itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan melantik bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor sebagai fasilitato­r baru.

“Beliau berpengala­man luas dalam menangani rundingan bagi menyelesai­kan isu itu,” katanya.

Menjawab soalan berhubung desakan kumpulan pemisah yang mahukan autonomi, Perdana Menteri berkata, isu itu rumit kerana autonomi mempunyai pelbagai takrifan.

“Di Indonesia, Jogjakarta memiliki autonomi, tetapi Kerajaan Pusat tetap berkuasa. Sama juga halnya dengan Aceh yang memiliki autonomi dengan persetujua­n Jakarta.

“Kita tidak tahu setakat mana desakan autonomi yang dimahukan dalam hal ini,” katanya.

Beliau turut ditanya mengenai peralihan kuasa yang akan menyaksika­n bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir diminta menjelaska­n kenyataann­ya sebelum ini berhubung pengambila­lihan teraju kepemimpin­an oleh Anwar.

Antara lain, Dr Mahathir dilaporkan berkata, Malaysia akan mempunyai Perdana Menteri baru jika itu yang dimahukan rakyat dan ‘tiada jaminan’ penggantin­ya akan menjadi lebih baik.

Perdana Menteri menegaskan akan berundur mengikut perancanga­n.

“Setahu saya, saya akan berundur. Anwar akan menjadi pengganti. Apa yang saya maksudkan ialah, jika rakyat tidak mahukan kita, bolehkah kita menjadi Perdana Menteri?” katanya.

Ditanya sama ada Anwar perlu menunggu hingga pilihan raya umum akan datang untuk menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menggeleng dan menjawab: ‘Tidak.’

Perdana Menteri turut diminta mengulas tuduhan rasuah dihadapi Datuk Seri Najib Razak, bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

“Ini semua peraturan undang-undang. Mereka mesti didakwa jika mempunyai bukti dan ia diterima mahkamah,” katanya.

 ??  ?? DR Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama rakyat Malaysia pada Majlis Makan Tengahari dan Sesi Khas Bersama Diaspora Rakyat Malaysia di Thailand, semalam. Turut hadir, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (duduk, dua dari kiri) dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking (duduk, kiri).
DR Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersama rakyat Malaysia pada Majlis Makan Tengahari dan Sesi Khas Bersama Diaspora Rakyat Malaysia di Thailand, semalam. Turut hadir, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (duduk, dua dari kiri) dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking (duduk, kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia